salam. mendengar radio memang dah menjadi kebiasaan lagi-lagi kalau tengah drive, takde radio memang agak bosan perjalanan, lagi-lagi kalau perjalanan yang jauh. Biasanya aku dengar hot fm, terutama rancangan pagi diorang yang ada tiga DJ utama - AG, Faizal dengan Farah. Walaubagaimanapun, kalau aku masuk area pantai timur, terus automatik akan cari radio THR Gegar. tak tau kenapa - mungkin dah terbiasa dengar THR dari kecil. haha.
hot fm logo |
THR gegar logo |
sekarang duduk cuti-cuti sambil baring-baring ni, terasa nak dengar radio, bolehlah ke listenradios.com untuk layan radio-radio di Malaysia. Boleh kata, semua radio ada - suria, sinar, era, thr, hot, hitz, mutiara, manis dan banyak lagi ( check je bahagian sidebar web tu ). bukan radio malaysia sahaja, ada radio pakistan, hindi dan UK jugak.
Ulasan