salam dan selamat sejahtera.
selamat hari kemerdekaan ke 55!
selamat hari kemerdekaan ke 55!
tengah duk lepak depan rumah, nampak anak jiran dengan member dia main tangkap berudu dalam longkang. ok! tangkap berudu memang aktiviti wajib anak kecil. sebab nak tengok macam mana si berudu bertukar menjadi katak.
lahir lepas zaman merdeka membuatkan aku kurang menghargai hari kemerdekaan - rasanya seronok sebab dapat cuti.hehe. walau aku sangat bersyukur sebab lahir dalam negara yang aman damai namun semangat perjuangan tu tak setinggi mereka yang pernah dijajah. mak aku sendiri lahir sebelum kemerdekaan dan ada menceritakan mengenai sambutan semasa kemerdekaan negara buat julung kali, walau usia masih kecil.
namun perjuangan untuk meneruskan warisan keluarga dan bangsa yang diajar oleh mak ayah cikgu sejak dari kecil memang tak pernah padam. semoga keamanan negara berpanjangan dan semoga anak cucu cicit kita nanti masih mampu main tangkap berudu dengan penuh keriangan macam anak jiran aku tadi tu. huhu.
assalamualaikum.
Ulasan