Tempat - Tempat Menarik Di Johor


Salam. Site aku hanya tinggal satu minggu sahaja lagi, tak sampai pun sebab hujung minggu ni aku dah balik kl kot. Tak confirm sepenuhnya lagi tapi mintak-mintaklah sangat – dah kebuntuan berada di site yang dah nak hamper siap sepenuhnya – projek penutupan selamat tapak pelupusan sampah menjadi kawasan untuk penjanaan tenaga solar.
Pasal site ni, lain kali kalau rajin aku ceritakan, kali ni nak suruh korang chek it out kawasan yang best untuk korang jengah kalau sampai di johor! Aku takdelah ke semua tempat – kebanyakkan sebab nak jumpa member aje melawat kawasan-kawasan ni. Datang sini pun sebab urusan kerja. Jadi kerja dulu, mengulor tu kemudian! Hehe.

Pasaraya Aeon Tebrau City



Sebuah pasaraya yang sangat besar dan macam-macam jenis kedai ada dalam tu. Aku rasa pasaraya ni lagi besar dari pasaraya aeon jusco di kota tinggi, klang. Tengok panggung pun dah dapat predict! Best untuk mereka yang suka shopping, aku kat sini selalu pusing-pusing aje. Lokasi sangat mudah nak jumpa dan takde nak jammed nya jalan kat sini. Kahkah. Seronok bawak kereta.

Tepian Tebrau.  


Sekali je aku pergi, tapi mantap makanan kat sini. Memang sedap! First time aku jumpa tauhu bakar yang aku rasa aku dapat makan – dan rasanya memang terbaik! Sotong bakar dan sotong kangkung tambah pulak air abc dengan coklat yang pekat memang buat air liur meleleh la. Hehe. Tapi satu je masalahnya, harga sangat melambung ok. Jadi, kalau jarang-jarang nak merasa tu ok la, kalau hari-hari, memang bungkus. Aku orang belanja, tu main redah je! Lalalala~

Pandan City / Pandan Uptown.


Dah namanya uptown, memang macam uptown di kl la. Tutup pepagi buta dan dipenuhi orang yang lalu lalang untuk tengok barang dan borong terus. Memang padat dengan kedai barangan-barangan macam baju, t-shirt, selaur jeans, bundle, jam tangan, beg, handbeg dan lain-lain lagi. Tak besar mana, mungkin sebab kawasan ini baru je dibuka. Aku beli selipar jepun je satu kat sini. Haha.

Tanjung Piai


Aku tak pergi ke taman Negara hutan paya bakau nya tu, aku je pergi tengok tanjung piai. Satu kawasan perkampungan yang jauh dari kawasan Bandar – memang best lepak dekat jeti sambil tengok deretan kapal yang nak mendarat di jeti, tambah pulak angin laut yang nyaman dan mneyegarkan. Tidur atas jeti tu pun sedap!!

Restoran Aliff – Restoran Sayed

ini gambar restoran mamak - bukan gambar resotan yang aku mention kat atas!
Dua restoran mamak yang selalu jadi persinggahan untuk melayan internet dan uero 2012. macam biasa, perkhidmatan atau servis restoran mamak memang nombor satu! Tapi masakan memang semua sama je la rasanya. Seriously, jangan order tom yam kat restoran mamak, sangat menyesal! Haha.



ok. chow dulu, nanti ingat-ingat balik mana tempat aku pernah pergi - aku tambah lagi. hahaha. 


Ulasan