Buat Passport di Taman Setia Tropika Johor

salam. semalam sempat singgah di jabatan imegresen johor yang terletak di blok 1, lembaga hasil dalam negeri, taman setia tropika johor. semenjak asyik ulang-alik menggunakan highway pasir gudang, memang takde masalah mana nak cari tempat ni. dari highway pasir gudang - exits je ke arah jalan kempas - straight hingga jumpa simpang ke kanan ke arah jalan setia tropika - pusing-pusing kat situ cari bangunan ldn.

bangunan kdn



Proses untuk first time buat passport tak lama sebenarnya adalah dalam 4-5 jam. sampai isi borang - tunggu nombor giliran - jumpa pegawai imegresen. siap satu proses! kemudian pembayaran yang agak ambil masa lama untuk menuggu - dalam sejam setengah jugak - maklum ada dua kaunter sahaja untuk pembayaran. siap bayar maka siap proses kedua.

proses terakhir adalah pengambilan passport - sangat cool mak cik aka pegawai yang jerit nama sorang-sorang. yang ni tak lama pun. ada dalam setengah jam je. kalau nasib baik - lagi cepat korang dapat. dapat passport dah boleh blah dari situ!

untuk buat passport jangan lupa untuk bawak 2 gambar ukuran passport ( aku buat 15 hinggit 4 keping - setengah jam siap! ), kad pengenalan asal, salinan kad pengenalan ( macam takde guna - tapi korang bawak ajelah ) dan akhir sekali duit RM100 keatas. aku RM100 je ( buat passport untuk 2 tahun ).

so, selamat buat passport pada mereka yang berminat. pergilah hari biasa - sebab tak ramai orang. tapi kalau dah pejabat imegresen namanya, memang selalu ramai orang la nampaknya.

Ulasan