Why Men Dont Get Married aka Kenapa Lelaki Tak Kahwin-Kahwin

salam. baru saja habis mengubah blog menjadi lebih efisyen. kehkeh. tajuk pun bukan main omputeh lagi tu. 

aaron aziz - 'orang yang dah kahwin pun boleh femes pun adoi!'
ok. rasanya semua orang dah tahu mengenai kajian yang mengatakan hampir 2.5 juta rakyat malaysia berusia 25 tahun ke atas belum berkahwin. gelisah hati, keruan jiwa bila orang tanya bila mahu mendirikan masjid? sekarang tak payah risau lagi, sebab memang ramai lagi yang tak kawen kan! ambik paper tu, potong dan bila orang tanya soalan cepumas tu, boleh tunjuk dan explain why? when? who? dan so on!

jom baca antara masalah kenapa lelaki tak nak kahwin atau nak kahwin tapi sampai ke sudah tak kahwin-kahwin.

Masalah 1 : Kewangan

Ini merupakan alasan yang paling jitu dan tepat untuk dikemukan. semuanya akan berbalik ke arah ni. kebanyakkan kalau ditanya 'kenapa tak kahwin lagi?' semua akan terus fikir mengenai alasan standard ni. lagi-lagi budak yang baru aje graduate macam aku ni. kahkah! 

sebenarnya ni bukan alasan utama, benda kewangan boleh dibawa berbincang oleh kedua pihak. aku tengok member aku yang dah kahwin, buat kecil-kecilan aje! takde nak grant manapun. harap aku pun sama nanti. membazir memang tak bagus! 

tapi, baru ni akak dan adik aku kahwin memang kenduri makan duit yang banyak. hmmm.

Masalah 2 : Susah Nak Cari Calon

Ini jugak reason yang selalu diberikan oleh pihak lelaki dan wanita sekali. calon yang sesuai! jadi, mulalah keluar bersama dengan alasan mahu mengenali dengan lebih dekat. ada betulnya jugak tu! tapi zaman sekarang, kalau iman tak kuat, jadi benda lain la pulak. so be careful! bawaklah peneman kalau nak keluar, kan senang!

eh! macam dah lari topik..

apa susah nak cari calon. pergi masjid hari-hari, usha mana yang selalu ke masjid! rezeki dapat calon yang baik dan beriman. jadi lelaki dan wanita di luar sana, jom ke masjid beramai-ramai. hehe.

Masalah 3 : Tak Sama Taraf

Ini baru namanya masalah!! 

ingat lagi cerita 'ibu mertuaku. sampai macam tu sekali manusia sanggup buat demi darjat dan taraf. sebab tu kita dianjurkan mencari yang setara dengan latar pendidikan kita. kalau tak sama, cubalah ikhtiar atau cari jalan untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'.

Masalah 4 : Tak Ready

Ini bukan masalah!

Masalah 5 : Naluri Ke Arah Yang Songsang

Ini pun antara masalah besar dan menjadi antara sebab lelaki yang tak kahwin lagi. kalau kat malaysia, ramai yang jenis ni in closet! gila ape nak reveal 'saya gay, saya ok' kat negara ni. 

eh! memang pernah ada video rakyat malaysia yang mengatakan 'saya gay, saya okay' dan aku rasa mamat tu memang ok pun lagi sekarang ni ke ada tindakan yang dah diambil ke atas mamat dalam video tersebut. aku sendiri tak tahu, takde pulak dengar apa-apa cerita mengenai mamat dalam video tersebut!

lagi sekali terkeluar topik. kehkeh!

jalan penyelesaian cuma satu iaitu kahwinkan aje. biar rasa sendiri kenikmatan hidup berumah tangga! mungkin berubah hati akal dan fikiran. moga-moga.

Masalah 6 : Forever Alone

Suka hidup sendiri macam dalam satu cerita korea yang bertajuk 'man who cant get married'. memang jenis tak bergaul mana dengan orang sekeliling dan tak ramai rakan. kira macam memang happy dengan title single nya tersebut!

ini agak sukar nak cari jalan penyelesaian selain si lelaki tu sendiri kena berubah - mungkin atas desakan keluarga boleh membantu. 

Kesimpulan

Siap ada kesimpulan. kesimpulannnya lelaki ramai yang nak kahwin dan ramai yang tak sabar-sabar nak menimang anak sendiri, tapi apakan daya, masalah-masalah di atas menggangu fikiran mereka terutama masalah kewangan. jadi wanita di luar sana seharusnya mengigatkan family masing-masing kemampuan orang yang disukainya atau bakal suami nya nanti. biar ada sikap toleransi, bukan sahaja untuk menjaga tiga kaum utama di malaysia terus bersatu, juga untuk menyatukan dua insan menjadi satu! ayat mantap kan! kahkah.


p/s : tahniah kak long untuk anak saudara ke - 15 untuk aku! tengok akak aku ni kahwin biasa-biasa aje, kekal sampai anak ke empat dah. hihi.

Ulasan

Trica Jus berkata…
tak puna modal kale