Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh
mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah
suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama
dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama
dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar
mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh
isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan,
boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda,
wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan
anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri,
begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses
kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan
cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
baca benda ni di facebookpage hati yang sering : banyka artikel berguna boleh dibaca di pages tu untuk
panduan dalam menajalani kehidupan harian. salam.
Ulasan