Kes Kehilangan Dompet Di Tasik Kota Kemuning!

tasik kota kemuning

salam. kisah bermula pagi ahad yang lepas, 1 april 2012. sekarang aku selalu bangun awal-awal pagi, dah jadi morning person nampaknya sejak akhir-akhir ni. aku online jap lepas subuh, dalam jam 700, aku bergerak ke tasik kota kemuning. Tasik kota kemuning merupakan kawasan isterihat dan kawasan joging serta bersenam bagi mereka yang rajin. aku ambil peluang ni untuk joging setelah meninggalkan aktiviti tersebut beberapa tahun. haha.

aku masa tu bawak kereta dan dompet aje, yang lain semua barang-barang sampah yang berselerakan dalam kereta aku, kerja 'site' ni memang kereta bersepah sikit. alasan malas hantar kereta cuci sebenarnya. yelah! hari  ni cuci, masuk site, confirm-confirm bersepah balik. jadi aku ambil langkah mudah dengan membiarkan kereta aku berselerak. haha.

sambung cerita, aku parking betul-betul di hadapan track jogging, dalam lebih kurang 3m aje. tapi track jogging tu mengelilingi satu tasik. jadi agak susah untuk aku kawal kereta aku tu. masa aku nak keluar, aku teringat yang aku bawak dompet dan itu sangat menyusahkan untuk aku berjoging kalau ada dompet dalam seluar. keadaan masa berlari dengan dompet dalam kereta adalah sangat tak menyenangkan, jadi aku ambil keputusan untuk simpan sahaja dompet dalam dashboard kereta. masa aku letak dompet tu, aku macam terasa ada mata memerhatikan aku, tapi aku buat tak endah.

aku mulakan senama ringan dan memulakan larian, sepanjang perlarian aku sangat-sangat fokus sehingga aku terlupa untuk check keadaan kereta aku. masa tu jugak aku terdengar alarm kereta berbunyi dan aku tengok alarm kereta mana yang berbunyi dan rupanya kereta aku. aku juga ternampak sebuah kereta yang lain yang bergerak keluar dari tepi kereta aku. aku terus berlari sekuat hati meneruskan perlarian tanpa hiraukan alarm kereta aku disebabkan sebelum ni sudah banyak kali perkara lebih kurang berlaku. 

Aku bersenam sana, sini, situ tanpa menghiraukan apa yang sebenarnya terjadi pada kereta aku sebentar tadi. setelah selesai semua, aku bawa kereta macam biasa dan berhenti di kawasan orang beli sarapan di pagi hari dan aku memang berniat untuk beli nasi. tapi aku tak berjaya menjumpai dompet aku, aku memang yakin yang aku letak dompet tersebut dalam dashboard kereta. 

kemungkinan besar, kereta aku dibuka tanpa kunci dengan pelbagai kaedah hebat sepertimana yang dipertontonkan kepada aku baru ni apabila satu pasukan yang datang untuk menjual alat untuk meningkatkan sekuriti kereta aku, tapi aku buat endah tak endah sahaja. 

akibatnya, dompet aku yang disimpan di dalam kereta lesap diambil orang. laporan polis telah dilakukan namun, kesusahan yang dialami selepas kehilangan dompet adalah sangat menguji.

habis cerita. assalamualaikum. 

Ulasan

Macam baca cerpen lak. Huhu. Dugaan. Diharapkan bersabarlah ya.
my berkata…
jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah
Qib berkata…
weh.. skrang jumpe ke x??