salam. disebabkan dompet aku dicuri minggu lepas, isnin minggu ni aku ke jabatan pendaftaran negara putrajaya untuk buat mykad baru. alang-alang kerja aku sekarang kat cuberjaya, aku terus ke jpn putrajaya. dekat dan mudah nak cari. terpaksalah curi-curi sikit masa kerja pada hari tersebut.
gambar cilok dari namemy.name.my |
sebelum korang pergi buat ic baru untuk kes kehilangan atau kecurian, sila buat laporan polis dulu dan pandai-pandailah "bercakap benar" dengan abang polis untuk menyatakan yang kehilangan itu bukan disebabkan kecuaian kamu. nanti tak pasal-pasal kena bayar RM110 sebagai denda. disebabkan aku kes kereta kena pecah masuk, jadi aku dapat free. kalau kena bayar, tunggu gaji lah baru aku punya identiti baru.
sebenarnya aku dah pergi minggu lepas ke jpn putrajaya, tapi disebabkan terlampau ramai orang, aku berlalu je dari situ. bayangkan nombor di kaunter 201, nombor giliran aku pula 422. gila nak tunggu. dah la aku tengah kerja time tu. tak boleh la lama-lama ponteng kerja ni. aku pergi masa ni dalam tengahari, jadi aku decide nak pergi waktu pagi untuk kali kedua.
jadi kali kedua aku pergi, dalam jam 850 pagi aku dan ada kat sana. memang tak ramai orang. parking pun mudah. tunggu dalam 30 orang je! dalam satu jam selesai kad pengenalan sementara aku. walau masuk lambat sikit kerja, tapi puas hati sebab dah ada pengenalan diri.
sekarang ni masalah kad bank pulak nak diselesaikan. yang ni susah sikit, sebab kena pergi bank asal yang kita buat kad dulu. mengarut je!
assalamualaikum.
Ulasan
tp kl kad rhb rasanya mmg kena gi home branch..
tp company aku pkai alliance, kena p bank asal masa buat kad..
kalau hilang sebab cuai kena 100++,
kalau ada repot polis hilang boleh free...