Buat Mykad Baru di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya!!

salam. disebabkan dompet aku dicuri minggu lepas, isnin minggu ni aku ke jabatan pendaftaran negara putrajaya untuk buat mykad baru. alang-alang kerja aku sekarang kat cuberjaya, aku terus ke jpn putrajaya. dekat dan mudah nak cari. terpaksalah curi-curi sikit masa kerja pada hari tersebut.

gambar cilok dari namemy.name.my
sebelum korang pergi buat ic baru untuk kes kehilangan atau kecurian, sila buat laporan polis dulu dan pandai-pandailah "bercakap benar" dengan abang polis untuk menyatakan yang kehilangan itu bukan disebabkan kecuaian kamu. nanti tak pasal-pasal kena bayar RM110 sebagai denda. disebabkan aku kes kereta kena pecah masuk, jadi aku dapat free. kalau kena bayar, tunggu gaji lah baru aku punya identiti baru.

sebenarnya aku dah pergi minggu lepas ke jpn putrajaya, tapi disebabkan terlampau ramai orang, aku berlalu je dari situ. bayangkan nombor di kaunter 201, nombor giliran aku pula 422. gila nak tunggu. dah la aku tengah kerja time tu. tak boleh la lama-lama ponteng kerja ni. aku pergi masa ni dalam tengahari, jadi aku decide nak pergi waktu pagi untuk kali kedua.

jadi kali kedua aku pergi, dalam jam 850 pagi aku dan ada kat sana. memang tak ramai orang. parking pun mudah. tunggu dalam 30 orang je! dalam satu jam selesai kad pengenalan sementara aku. walau masuk lambat sikit kerja, tapi puas hati sebab dah ada pengenalan diri. 

sekarang ni masalah kad bank pulak nak diselesaikan. yang ni susah sikit, sebab kena pergi bank asal yang kita buat kad dulu. mengarut je! 

assalamualaikum.

Ulasan

amirahyusoff berkata…
kalau pergi klinik kerajaan, memang menunggu giliran lama macam tu lah >_< sampai nak terlelap dah ~
nmEsfie berkata…
ko pakai bank card apa ye? rasanya bleh je buat kat memana branch kad bank ganti(arituh aku wt utk cimb & bank islam).. cuma dia akn mintak ic ori/ganti/lesen/etc. bukti pengenalan diri..
tp kl kad rhb rasanya mmg kena gi home branch..
Azuan berkata…
bank islam memang senang....aku buat kat branch je...

tp company aku pkai alliance, kena p bank asal masa buat kad..
Encik ingin tahu berkata…
Buat ic kt jpn putrajaya satu hari blh siap ke?
encik yang tahu menjawab berkata…
boleh je...
Tanpa Nama berkata…
kalau kali pertama ic hilang, brape kena charge? harap balas
Tanpa Nama berkata…
jawab soalan tanpa nama :

kalau hilang sebab cuai kena 100++,
kalau ada repot polis hilang boleh free...
Tanpa Nama berkata…
Ic sy hilang....dah buat report...tp dlm report bole tulis tercicir plak....so mcm mane tu??lg 1 semalam sy pergi ke jpn seputeh untuk buat buat ic baru...tp die suruh sy bayar dulu baru bole buat...bukan klu dah siap nak ambil baru bayar ke??tlg beri jawapan...buntu ni...dah mcm org asing xde ic ni...hehehe...