Kasih Seorang Ayah!!

- ayah dan anak -

salam.

hari ni hari jumaat. pi solat jumaat. lepas solat jumaat tu, aku lepak-lepak dulu dekat bawah bangsal depan masjid tu sebab masa tu hujan renyai-renyai. malas nak berbasahan. walau akhirnya berbasahan jugak sebab terpaksa ke kereta untuk masuk ofis. 

masa lepak bawah bangsal tu, aku nampak seorang ayah dengan anaknya. anak lelaki dalam umur 6 tahun gitu, tapi aku tak mampu nak confirm sebab budak zaman sekarang kebanyakkan bersaiz kecik dari usia sebenar. pandai-pandai je buat teori sendiri.

ayah dengan anaknya tu nampak nekad untuk meredah hujan renyai-renyai tu. kesian pulak dekat si anak, si ayah tarik sikit bajunya dan lindungi kepala anak yang kecik dan comel tu dengan bahagain bajunya yang ditarik tu. memang sweet giler kot. aku tengok senyum-senyum sorang-sorang. aku pun bakal buat camtu dengan anak aku nanti. hakhak! harap-harap lah kan.



ok. layan lagu ayah dan ibu sudirman ni. versi karoeka tu.
sayangi ayah dan ibu anda.

assalamualaikum.

Ulasan

azzey berkata…
kasihnya ibu membawa ke syurga ; kasihnya ayah sepanjang masa..
Qib berkata…
hooo.. memang anak3 jarang tengok jasa seorang ayah... arhh. syahdu laa lgu ni... awwwwwwwwwww
Qib berkata…
hooo.. memang anak3 jarang tengok jasa seorang ayah... arhh. syahdu laa lgu ni... awwwwwwwwwww