Diskriminasi Gender?

salam. semalam menyaksikan bola sepak antara arsenal dengan blackburn. tengok sat je sebab asyik arsenal aje yang serang. dah la semua serangan nak gol aje. hehe. arsenal menang besar 7-1 dengan robin van persie menjaringkan tiga gol. malam ni kita tengok chelsea menentang mu pulak. esok liverpool tottenham.

RVP
Tapi dalam perlawanan tu, yang menarik perhatian aku adalah seorang penjaga garisan kerana dia merupakan seorang wanita. pelik dan ganjil sekali aku melihat perempuan terbabit sebagai penjaga garisan. macam melihat seorang lelaki diberi gelaran 'datin' bila si isteri mendapat gelaran datuk, walau gelaran 'datin' tu hanya untuk suka-suka. apa yea gelaran si suami bila si isteri mendapat title datuk tu ye?

mungkin dikatakan adanya diskriminasi gender di situ. tapi kenapa tak pelik bila seorang perempuan berpimpingan tangan dengan seorang rakan perempuan? tapi bila lelaki terus dicop gay? lagi diskriminasi bila dikatakan lelaki yang ada jari hantu yang lebih besar dari jari telunjuk adalah gay kerana saiz jari menentukan mereka gay atau tak? lagi pelik kenapa entry aku tiba-tiba masuk bab-bab berkaitan dengan gay? kenapa jugak lelaki yang tulis entry pasal lelaki gay dikatakan gay atas sebab diorang cuba menyembunyikan seksualiti sebenar diorang?

hmmmmmm......

persepsi orang lelaki dan perempuan sebenarnya still tak berubah iaitu yang perempuan duduk di rumah, masak untuk suami dan anak-anak manakala lelaki keluar pergi bekerja. sebab tu ada bunyi-bunyi lagi bila lelaki duduk rumah jaga anak-anak. namun, perkara ni tak menjadi masalah kerana lelaki zaman sekarang memang memberi sokongan pada isteri mereka yang keluar bekerja. aku pernah baca dalam paper, di sebuah negara yang aman damai, di mana lelaki lebih suka duduk di rumah untuk jaga anak-anak berbanding keluar bekerja. 

diskriminasi gender ada di mana-mana. pandailah bertolenransi dalam setiap perkara. dengar jugak lagu adinda kekanda yang dinyanyi monoloque dan atilia tu kerana " kita tetap bahagia bila bersama-sama~" "bersama selamanya~".

assalamualaikum.

Ulasan

Bukan senang nak ubah mentaliti, cara pandangan seorang manusia. Komplekslah sebab dipengaruhi dengan banyak elemen. Huhu. Even aku sendiri pun ade aje pemikiran gitu. Hehe.

Adik bongsu aku suka gila Arsenal menang dengan 7-1 tu semalam. Excited kot. Haha.
amirahyusoff berkata…
sekarang ni dah ada yg berani tunjuk depan orang ramai yg dorg ni gay.
Wan Gerrard berkata…
linesman perempuan tu slalu ada bile game liverpool huhu

hmm org skrang boleh beza benda yg betul dan salah, cuma segelintir yang berpandangan serong :)