BTjunkie : Sebuah Lagi Laman Web Perkongsian Ditutup

salam. selepas megaupload dan filesonic ditutup, yang penting megaupload lah sebab hampir digunakan oleh kebanyakkan orang ramai. filesonic memang terkenal dengan servis yang agak teruk, so no hal lah kan ditutup pun. hehe. hari ni terbaca pulak tentang penutupan satu laman web yang merupakan salah satu laman perkongsian file-file torrent. 

torrent ni merupakan cara download movie yang pertama kali aku belajar sebelum aku gunakan mediafire. torrent ni kadang-kadang laju - makan berminggu, kadang-kadang cepat - sehari dua dah siap. tapi semua bergantung pada line internet dengan jumlah seeder. makin ramai seeder, makin cepatlah file korang siap download. kalau nak tahu cara download pakai torrent, boleh baca entri aku yang ni : http://jangan-bukak.blogspot.com/2010/01/tutorial-download-asian-drama.html ( 5 januari 2010 - dah lebih tahun aku tulis entri ni ) hehe.


kata-kata dalam gambar ni akan keluar jika korang cuba masuk laman web BTjunkie ni. walau apapun, masih banyak lagi laman web lain  yang menyediakan link file-file torrent yang lain. korang hanya perlu search sahaja di google tu.


p/s : best bila pakai torrent ialah line internet tak dikacau, tetap maintain laju. kalau pakai mediafire, jangan haraplah. macam siput sedut je line internet ni. 

asssalamualaikum.

Ulasan

Wan Gerrard berkata…
makin banyak site sharing nak tutup..huhu