salam. minggu ni nampaknya banyak pembaziran dari segi pemakanan dilakukan. hehe. tapi yang penting dua-dua tempat adalah sangat terbaik! memang sedap dan servis terbaik.
sumber gambar : sini |
ana ikan bakar petai yang terletak bersebelahan dengan balai bomba - boleh pulak haritu tersalah masuk jalan ke balai bomba. memang kena baiki jalan masuk dan keluar supaya senang kepada customer. dari segi makanan memang mantap dan sedap! lagi-lagi ada petai, memang favorite la. dah lama kot tak makan, kalau duk terengganu, tak makan petai memang tak merasa benar la masakan tu.
aku pergi dengan budak ofis g&p aku sempena birthday. dalam 20 orang jugak yang datang, jadi order memang banyak. 5 ekor ikan bakar sambal petai, tomyam campur 4 hidang, cendawan goreng, sotong, air sirap limau dan lain-lain. memang menjilat jari lah. harga dalam RM21++ seorang. ada jugak kemudahan surau dan taman permianan untuk kanak-kanak.
gambar dan komen blogger lain pasal ana ikan bakar ni : http://www.bandarseriputra.info/2011/10/jjcm-ana-ikan-bakar-petai-bb-bangi.html
sumber gambar : sini |
Seoul Garden yang terletak dalam IOI mall puchong ni menyediakan makanan macam makan buffet. lama kot aku lepak kat sini. yelah dah bayar RM30++, memang aku ratah la apa yang boleh. tapi makanan memang sedap dan pelbagai. yang penting ada aiskrim dan ais kacang. hehe. rasa macam nak beli pulak satu mesin ais kacang tu.
terletak dalam supermarket, jadi korang pahamlah suasana dan kesempitan restoran ni. memang susah sikit bab nak berjalan ambik makanan, lagi-lagi time makan tengahari. ramai je orang. apapun cara makan yang sangat berlainan memberi keunikan iaitu korang kena masak sendirilah lebih kurang. macam buat barbeque aje rasanya tapi masa untuk masak adalah lebih cepat sebab semua bahan dipotong kecik-kecik.
yang best ada jugak udang, sotong dan kerang. korang tau-tau lah harga udang sekarang yang sangat mahal, nak beli kat luar memang agak susah lah, jadi sini, bolehlah korang makan puas-puas.
gambar dan komen lebih pasal seoul garden : http://kwongfeimind.blogspot.com/2010/07/seoul-garden-ioi-mall-puchong.html
p/s : kenyang sekenyang kenyangnya makan kat dua tempat ni. nafsu-nafsu. hehe.
assalamualaikum.
Ulasan