salam. semenjak ditayangkan pada 2007, pelbagai pencapaian telah digapai oleh animasi anak tempatan ini iaitu upin dan ipin antaranya terpilih antara setem terbaik dunia 2010 dan filem blockbuster geng : pengembaraan bermula. Memang upin dan ipin ada auranya yang mampu menarik perhatian orang ramai tidak kira bangsa agama dan warna kulit. eh? warna kulit, macam dasar apartheid pernah diamalkan di negara kita. hehe.
Karakter comel dengan gaya jalan cerita yang penuh kelakar memang menjadi tarikan terutama untuk kanak-kanak. Pernah sekali aku dengar orang chinese yang bersiul lagu tema upin dan ipin. Teruja aku dengar sebabnya aku fail bab siul-siulan ni.
ok. balik pada tajuk sebab dah macam lari jauh. upin dan ipin sebenarnya telah mendapat tempat kelima untuk most popular fictional character worldwide di facebook. worldwide tu! kalah si sponge kuning dengan si kucing robot bermisai tu. haha. berikut adalah senarai 8 teratas dalam ranking tu :
- Dr. House ( paling femes. dok rajin tengok pun show ni )
- Dory ( Sape ni?? )
- Patrick Star ( Lagi femes dari spongebob? maybe leh wat show diri lepas ni )
- Mr.Bean ( still lagi femes )
- Upin dan Ipin ( terbaik! )
- SpongeBob ( Kaloh dengan Patrick Star! huh! )
- Mario ( dah lama tak main game mario, dulu suko bena main game tape mario )
- Doraemon ( mana nobita? )
Betul ke upin dan ipin akan buat filem baru bertemakan angkasa?
tak sabar nak layan ni. haha.
assalamualaikum.
Ulasan
kalah spongebob ;)
kalah spongebob ;)
コナン「おむつ!」
青子「それ以外はコナン君が対決だけ」
コナン「いや、おむつだよね」