salam. esok bercuti tapi sehari esok bakal menghadiri seminar yang diwajibkan kepada orang-orang yang terlibat dalam industri pembinaan. akulah tu! memang malas sangat nak pergi tapi pergi ajelah kan, bukan kena bayar pun. sudah ditanggung sepenuhnya oleh company.
.gambar hiasan. contoh construction site. |
first time dengar nama lembaga pembangunan industri pembinaan ni, sebelum ni tak tahu pun kewujudan lembaga ni. memang tak ambik tahu langsung hal-hal macam ni. biasalah namanya remaja Malaysia! mana nak ambik port hal-hal kerajaan, kementerian, politik ni, padahal itulah yang penting dan harus ambil peduli, yelah masa depan negara ada kat situ. ni pasal artis mana paling lawa, paling kacak, paling tough, paling kpop, paling menyampah, paling seksi juga yang hangat duk bincang. gosip la tu!
ok. berbalik pada seminar CIDB ni, akan diadakan di chan sow lin, baru terhegeh nak 'google map' tadi. harap jumpa la esok, kita redah ajelah. baru mencabar kata orang! mengikut cerita-cerita rakan sekerja dan rakan serumah yang telah ke seminar tu, ianya banyak berkisar keselamatan semasa berada di kawasan pembinaan aka construction site.
Siapa yang patut memasuki seminar ni terdiri daripada :
- Senior Official from goverment deparments and agencies.
- Construction Professionals, Engineers, Architects and Surveyors.
- Project Owners/Clients
- Project Managers
- Industry Associations
- Contractors
- Academicians
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat ke site utama iaitu cidb.gov dan check lebih lanjut!
p/s : harap esok dapat lecturer yang baik hati bagi balik awal. haha
assalamualaikum.
Ulasan