Muhasabah 365 Hari!!

salam. selamat tahun baru! eh lagi dua hari kot. tapi tak sabar nak cuti, elok je kan nak kena hari ahad. takde cutilah maknanya. jadi, takde makna jugak nak sambut tahun baru, kurang rasanya. kahkah. sempena tahun baru ni, kenang-kenang lah apa yang dah korang buat sepanjang tahun 2011 ni. sekejap je kan. alih-alih dah nak masuk tahun baru. jom sama-sama muhasabah diri sepanjang 365 hari ni.


  • sebagai seorang muslim, sudah cukupkah amalan kita terhadap Allah?
  • sebagai seorang anak, sudah jalankah amanah kita terhadap ibu dan ayah?
  • sebagai seorang suami, sudah tertunai tanggungjawab terhadap isteri?
  • sebagai seorang abang, apakah yang sudah diberi pada adik dan saudara mara?
  • sebagai seorang pekerja, cukupkah kita jujur dalam melaksanakan tugasan?
  • sebagai seorang pelajar, apakah yang kita sumbangkan kepada masyarakat dan cikgu?
  • sebagai seorang pemandu, sudah berhati-hatikah kita ketika memandu?
  • sebagai seorang jiran, sudah dijalankan tanggungjawab itu?
  • sebagai seorang bapa, bagaimanakah kita didik anak-anak?
  • sebagai seorang .......................................................


setiap orang punya senarai sendiri untuk memuhasabahkan diri masing-masing. aku punya sangat panjang rasanya. banyak lagi yang harus dibaiki. assalamualaikum. 

Ulasan

gadisBunga™ berkata…
banyak yg tak cukup~