Kad Kahwin!!

salam. bersempena dengan majlis perkahwinan akak dan adik aku bulan 3 nanti, aku ditugaskan untuk incharge part kad kahwin. sebab utama aku kena in charge, kakak aku kata area selangor, kad kahwin banyak yang harga murah nak dibandingkan dengan terengganu. mungkinkah harga kos dakwat terengganu lebih mahal? kahkah. aku tak tahu la pulak kenapa. 

kakak aku tak mahu yang ada gambar muka ni!
hanya untuk suami katanya  <<<  pandai je aku menambah!

mungkin yang begini patut aku cari!

setakat ni, pencarian baru menggunakan sumber informasi utama manusia era ini iaitu internet. baru sahaja men'google' di sana sini untuk mencari alamat kedai yang menyediakan perkhidmatan ni. dah jumpa beberapa alamat, nanti bolehlah pergi singgah jika ada kelapangan. harap semuanya berjalan lancar! 

tolong akak dan adik ni untuk ambik berkat kata orang, mana tahu jodoh tiba-tiba kunjung depan rumah. haha. assalamualaikum. 

Ulasan

farhana berkata…
Dakwat Terengganu lebih mahal? Adoi. Baru ku tahu. :p