Anime : Mirai Nikki a.k.a Future Diary

salam. akhirnya hari ni aku dapat bercuti satu hari. dah lama tak baring-baring depan laptop sambil melayan anime, drama, movie dan sebagainya. itupun selepas aku selesaikan kerja-kerja membasuh baju secara manual, membasuh kereta secara manual dan mengemas rumah secara manual. aduyai~

hero and heroin - yuki and yuno
sumber

bila sebut tentang mirai nikki atau future diary ni, aku ada terbaca dalam kreko agaknya versi manga kepada anime ni. tapi aku memang tak follow la manganya ni. sampailah ke hari ni, aku menyedut semua episod anime ni dari member aku, belum tamat lagi siaran anime ni rupanya, tapi takpe layanlah mana yang ada dulu.

macam biasa, hero anime ni memang budak yang tak reti bergaul, 'a loner!'. Kawan dia cuma imiginasi dia je. takde life la kiranya si hero ni. tapi satu hari dia diberi diari yang mampu memberikan masa depannya. diari yang diberi ni dalam bentuk telefon bimbit. Masalah mula timbul apabila hero ni kena mengelakkan diri daripada dibunuh oleh pemegang-pemegang diari yang lain kerana sebenarnya setiap pemilik diari perlu berentap dalam 'battle royale' di mana pemenang terakhir bakal mendapat kuasa yang sangat hebat!  

aku sangat tension melihat hero anime ni, sangat-sangat tak gagah dan tak pandai, sentiasa naif dan senang sangat dimanipulasi. stress dibuatnya. lagi stress dari hari aku bekerja. haha. aku sukakan heroin anime ni, tapi pada episod 3, ditunjukkan pulak yang minah ni ada masalah psikologi kerana di salah satu kamar tidurnya dipenuhi oleh mayat, tapi dia sangat-sangat protective terhadap si hero.

hero yang loser~ yuki.

pemegang diari lain~

namun, cerita ni belum tamat dan baru aje tersiar episod 9 dengan lebih banyak pemegang diari muncul pada episod ke 8. mungkin lebih banyak twist pada jalan cerita yang mungkin merubah watak si hero. 

anime ni tak sesuai kepada kanak-kanak kerana jalan cerita dan watak utama mempunyai sisi gelap masing-masing dan lebih teruk, heroin adalah seorang yang tak berperikemanusiaan. sanggup membunuh dan berbuat apa sahaja demi si hero. takde moral value! tapi aku sukakan kelainan yang ditonjolkan tu, jarang nak jumpa cerita yang macam ni. 

kalau mahu download boleh ke site di bawah :



Assalamualaikum.

Ulasan

amirahyusoff berkata…
Oh cite ni.
Ada Baca gak manga ni kt Kreko.
Boleh tahan gak ah.Cuma si Hero ni memang agak Hopeless =.=