Senarai Lagu Ke Pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 26

salam. berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia bagi Sukan SEA yang diadakan di Indonesia dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia. Satu gol berjaya dijaringkan Malaysia seterusnya menjuarai takhta kumpulan. Diharap kemenangan ini sehingga ke final lah. hehe. Ini first time tengok Malaysia lawan untuk sukan SEA kali ni. sebelum ni, tak terasa nak tengok pun, mungkin disebabkan aura perlawanan ni lain sedikit dari yang game yang lain.


Esok akan bermula juga speringkat separuh akhir anugerah yang cukup terkenal di negara kita iaitu Anugerah Juara Lagu. siapa yang tak tahu mengenai anugerah yang saban tahun memang memberi kelainan. evolusi muziklah katakan! 

Bermula dengan kemenangan Francissca Peter pada tahun 1986 dengan lagu sekadar di pinggiran, AJL seterusnya meneruskan tradisi mengangkat nama-nama artis menjadi ternama. Dato Siti Nurhaliza, M.Nasir, Ana Raffali, Aizat dan ramai lagi yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu. 

Jadi, bermula esok ( 18 November )  dan dua minggu seterusnya, setiap hari jumaat bermula jam 9 malam, sebanyak 30 lagu bakal berentap untuk pentas final Anugerah Juara Lagu. Berikut merupakan senarai 30 lagu yang  bertanding pada tahun ini :


Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
Janji oleh Akim (Akim/Akim)
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet) 
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
 Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
 Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)



p/s : agak-agak siapalah yang layak ke final tahun ni ?
hahaa.




Ulasan

alyah! w/pon xminat sgt kat dia tp, lagu kesah hati tu best!
Fahimah Mahayuddin berkata…
Wah! banyaknya lagu yang saya suka lebih2 lagi lagu pokok tu.nak tengoklah malam ni. Thank's for the info =)