Anime : Detective Conan Movie 15 - Quarter Of Silence


Detektif Conan merupakan anime yang tak asing lagi di Malaysia dan seantero dunia. memang femes habis manga, anime dan filemnya terutama kepada penggemar drama-drama berunsurkan misteri dan penyiasatan. Kali ni filem terbaru dan yang kelima belas detektif conan telah diarahkan oleh Yasuichiro Yamamato dan Seino Anabun. 

Bermula dengan 'flashback' yang berlaku pada 8 tahun dahulu di perkampungan Kitanosawa, melihatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam jurang setelah dikejar oleh seseorang. Lapan tahun kemudian, sekumpulan penduduk mengadakan pertemuan semula dan disaksikan oleh conan dan rakannya yang lain ketika bercuti di Kitanosawa ( sebenarnya menyiasat kes pengeboman yang berlaku di tokyo). Kes mula muncul apabila salah seorang daripada penduduk yang melakukan reunion ditemui mati di tengah-tengah kawasan bersalji dengan hanya satu kesan tapak kaki. 



Bagi aku, filem kali ni kurangnya elemen 'suprise' yang selalu terjadi dalam anime atau manga detektif conan, dari awal lagi memang dapat agak siapa yang bersalah, mungkin disebabkan bilangan suspek yang terhad kepada 4 orang sahaja. Selain tu, takde pun pertembungan dengan organisasi 'hitam' yang menjadi antara penyebab aku setia dengan manga detektif conan ni. haha. aku lebih sukakan mangan detektif conan berbanding anime atau filemnya. 


Aksi kemuncak filem ni apabila conan mengahsilkan runtuhan salji untuk menyerongkan air empangan yang pecah akibat dibom. Detektif conan menggunkan kuasa skateboardnya untuk menghasilkan runtuhan salji yang sangat besar, seterusnya dia turut terperengkap dalam runtuhan salji tersebut, tapi berjaya diselamatkan sebelum lemas. Memang tak logiklah kan! haha.

Jom layan detektif conan! There only one truth! haha!
Assalamualaikum.





Ulasan

Unknown berkata…
wow tak sangka minat anime!!! me too... bestnya