Anime : Persona 4 The Animation

salam. sudah lama tidak membuat review mengenai anime di blog ni. jadi hari ni nak perkenalkan satu anime terbaru yang baru aje bermula episod pertama pada 1 oktober 2011. Anime yang diadaptasi dari satu games yang aku dengar sangat femes di jepun sana. aku tak pernah pulak main, jadi tak tahulah aku pasal games ni. Animenya pulak aku baru sahaja menonton satu episod yang bermula agak suram tapi aku sukakan plot cerita ni, dan harap ianya berkembang menjadi satu siri yang best!


hero of the story - Narukumi Yu
Anime ni mengisahkan Narakumi Yu yang berpindah ke kawasan baru iaitu Inaba untuk tinggal bersama bapa saudaranya kerana permasalahan ibu bapanya. Di bandar Inaba ini satu kes pembunuhan telah berlaku dan terdapat satu khabar angin mengenai televisyen yang mampu menunjukkan jodoh korang kalau melihatnya pada waktu siaran telah tamat. Jadi, Narukumi Yu mencuba khabar angin tersebut dan akhirnya terjerumus di dalam dunia televisyen. 

Ok! anime ni memang bukan berlaku pada dunia nyata sebaliknya dunia dalam televisyen iaitu dunia bayangan. pasal dunia televisyen ni belum diterangkan sepenuhnya, jadi aku jugak tak tahu apa ceritanya, begitu juga dengan kegunaan cermin mata yang dipakai si narukumi yu ni. Aku jugak pelik dengan si narakumi yu yang macam takde sebarang reaksi apabila tiba-tiba dia mendapat satu kuasa untuk berlawan dalam dunia televisyen tu. banyak persoalan sebenarnya dan apabila aku search rupanya anime ni sepenuhnya mengikut gamesnya, patutlah rasa macam games aje bila tengok anime ni!




Macam biasa adanya watak-watak sampingan sebagai rakan si hero. Hero ni termasuk ke dunia dalam televisyen tu bersama dengan dua orang rakan kelasnya yang baru dikenali. yang ni kira ok lah dan mudah nak faham walaupun terdapat banyak kebetulan-kebetulan yang memudahkan jalan ceritnya. Mungkin anime ni untuk pencinta games persona 4 aje kot! 

apapun aku sukakan jalan ceritanya jadi aku mungkin stick lagi dengan anime ni untuk beberapa episod lagi dan harap sangat jalan ceritanya takdelah mengikut game sangat.



Ini yang paling best dalam setiap anime iaitu aksi lawannya, kira boleh tahan untuk first action tapi sangat sekejap, mungkin episod seterusnya momentum perlawanan lebih gah lagi. aku rasa ianya sangat cool bila si hero menyeru bayangannya kot untuk melawan musuh. aku tak tahu lagi sebenarnya bagaimana diorang boleh lawan, tapi semestinya diorang perlu sebut perkataan 'PERSONA' untuk membuat seruan. lebih kurang macam bleach yang meyebut bankai tu. Aksi pertarungan macam blue dragon pun ada aku tengok tapi lebih stylo. haha. 

jom layan anime ni. boleh tahan jugaklah, tapi dari segi plot memang agak hancus!
cuma dari segi action tu menarik bagi aku walau hero takde lawan mana. haha
assalamualaikum.


Ulasan

CikTomyam berkata…
salam..merahnya belog hang..

tapi nest...!! huhu ciktomyam follow taw...^^