Animasi Perkahwinan Nabil dan Zira !!

salam. hari ni dah masuk 4 oktober dan blog ni masih belum ada satu entri terbaru pun untuk bulan ni. teruk betul aku ni! malas dah nak menaip. hehe. dah tak layak digelar blogger sejati, namun terima kasih lah kepada mereka yang masih sudi follow blog ni. syukran syukran. 

cerita paling sensasi minggu ni adalah semestinya kes remaja buang anak yang meningkat pada bulan lepas. ok! takde kaitan dengan tajuk entri tapi merujuk perbincangan di meja bulat ofis aku, kes buang anak yang banyak pada bulan sembilan adalah disebabkan aktiviti-aktiviti yang berlaku pada malam tahun baru. ada logiknya jugak teori tu, kerana setelah sembilan bulan proses persenyawaan antara sperma dan ovum akan lengkap sepenuhnya untuk membentuk....korang belajar biologi kan masa sekolah, aku nak tulis pun rasa mengantuk, apakah lagi korang yang membacanya. fahamilah sendiri yea! 

sweet~ fantasy wonderland punya tema.
sumber : rotikaya.com

Sebenarnya mahu bercerita mengenai perkahwinan juara raja lawak kita iaitu ahmad nabil ahmad yang berkahwin dengan nazira ayub. gambar kat atas merupakan sewaktu majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di bandar i-city Shah Alam. Tahniahlah diucapkan kepada nabil atas pernikahan ini dan semoga berkekalan.

sebenarnya ( kali kedua ni ), aku ada tertengok video animasi yang ditayangkan sewaktu majlis resepsi ni dan aku rasa ianya sangat cool. aku sukakan muzik dan lagu-lagu yang dipilih sepanjang video klip yang berdurasi lebih kurang selama 3 minit ini.


sumber animasi adalah dari vimeo.com

jika korang berminat dengan video ini dan berkeinginan untuk memiliki video seperti ini sewaktu pernikahan korang nanti, bolehlah ke sini dan baca cara-cara untuk mendapatkannya. tak mudah, tapi kalau korang bertuah sapa tahu kan.

itu aje nak ditunjuk. semoga berbahagia mereka yang dah kahwin dan awasi anak anda sepenuhnya. Assalamalaikum.

Ulasan

Mrs Nurul berkata…
best tgk dorang kawin =p
pinky_liscious berkata…
untung la lawen di taja..hehehe