Wakaf Che Yeh, Kelantan Darul Naim

salam. bercuti semperna hari raya baru ni digunakan sepenunya untuk melawat rakan sekolah lama dengan saudara mara aku. Memang takde masa mana untuk aku berehat kecuali raya pertama yang aku tidur pada waktu petang dan malamnya dengan penuh nyenyak. 

Pagi raya pertama aku ke rumah-rumah di kampung aku tinggal sekarang iaitu kampung Setia Jaya, raya kedua aku beraya ke rumah kawan-kawan di sekitar jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu, raya ketiga dan keempat aku Kelantan yang merupakan kampung kedua orang tuaku, arwah ayah dan ibuku merupakan anak jati kelantan. Raya kelima pula aku dah bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Keramaian manusia di wakaf che yeh Kelantan!
sumber gambar : virtualmalaysia
Apa yang aku nak ceritakan ialah mengenai satu destinasi persinggahan yang sempat aku dan keluarga lawati sewaktu beraya di Kelanatan iaitu Wakaf Che Yeh. Aku yang saban tahun ke Kelantan, memang tak pernah tahu ada pasar 24 jam ni di Kelantan, memang agak excited melihat kesibukan dan keramaian orang yang membanjiri pasar ni. Aku dan kelaurga sampai agak lewat dalam jam 11.30 malam tapi pasar ni masih segar. 

Pelbagai barangan, pelbagai pilihan.
sumber gambar : tayar golek
Pelbagai barangan lagi!
sumber gambar : blog.malaysia-asia

Pasar yang terletak kira-kira 7 km daripada Bandar Kota Bharu ni menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang berpatutan, barangan yang dijual adalah pelbagai antaranya pakaian, makanan kering, makanan basah, alat solekan, cadar, tilam dan sebagainya. Kaki shopping memang rambang mata kalau datang ke sini. 

Jarang-jarang aku singgah ke sini, aku mengambil peluang untuk membeli satu dompet, agaklah dompet yang aku tengah pakai dah rabak! Tengok harga murah, haruslah aku rembat. haha.

Jadi, bagi korang yang ingin shopping sakan Kelantan, jangan lupa untuk mengunjungi pasar yang penuh dengan ragam manusia ni. Assalamualaikum.

Ulasan

Hakim Mahmud berkata…
pergh bro...cantik gambar yg di shoot..ni photographer ke apa..haha
Azuan berkata…
mana ada bro..tak perasan ke link yang aku cilok gambar tu..
Unknown berkata…
ceeeehhh... sifu oghe qlate ruponyo...