Soccer Anime : Giant Killing


salam. hari ni nak story pasal satu anime bertema bola sepak yang bertajuk 'giant killing'. Giant killing sebenarnya satu istilah dalam bola sepak yang first time aku dengar masa tonton anime ni. Giant Killing berlaku apabila satu pasukan kerdil menewaskan pasukan bola sepak handalan, dalam istilah biasa yang digunapakai rakyat Malaysia adalah pasukan underdog. 

pasukan ETU merupakan pasukan underdog dalam anime ni.

Cerita ni memfokuskan kepada kepimpinan pengurus pasukan yang baru dilantik oleh pasukan ETU ( East Tokyo United ) bagi mengembalikan kegemilangan pasukan tersebut dalam liga. ETU yang baru sahaja berjaya memasuki divisyen satu selalu bertukar pengurus menyebabkan moral pemain merudum.

Pengurus pasukan baru pasukan ETU.

Pengurus pasukan baru iaitu Takeshi Tatsumi merupakan bekas ahli kelab ETU yang meningggalkan kelab tersebut dalam keadaan huru hara pada satu masa dahulu menyebabkan kepulangannya sebagai pengurus tidak disambut hebat oleh penyokong kelab ini. Namun, kewibawaannya sebagai pengurus terbukti apabila berjaya membimbing pasukan kerdil Eastham FC mara ke kelompok 32 pasukan terakhir kejuaraan piala FA semasa di England.

Pasukan lawan.

Penyokong setia ETU.

Apa yang bestnya pasal anime ni ialah, kebanyakkan pemain diberi peluang untuk menonjol, tidak difokuskan pada satu-satu pemain sahaja. Bermula dari bahagian serangan, tengah dan pertahanan, semua ditunjukkan bagaimana keupayaan mereka meningkat dari masa ke masa.

Yang tak bestnya pulak, ini merupakan anime bola sepak, tetapi game perlawanan sangat sedikit dan cepat, hanya difokuskan pada perlawanan besar sahaja barulah berlanjutan kepada 3 episod atau lebih, tapi perlawanan dengan team-team biasa tak ditunjukkan pulak! Lagi satu ialah anime ni tergantung, kerana kumpulan ETU ni belum menang juara peringkat divisyen satu tapi sudah tamat 26 episod, jadi korang kena tunggu season 2, takpun korang boleh sambung layan manganya yang masih belum tamat di sini.

Pengurus yang kredibilitinya menjadi persoalan.

Tsubaki, pemain midfielder muda yang berpotensi.


Kalau mahu melayan bolehlah mencari link untuk download anime ni di meenato blog ni. Satu blog yang banyak memberikan link download anime. Bagi aku, tengok anime ni memang tak puas, jadi aku syorkan korang jangan tengok. haha. memang mengecewakan tapi bolehlah.

Setakat ni, hanya dua anime sukan sahaja yang bagi aku memang terbaik iaitu hajime ni ippo dan eye shield 21. Sampai sini sahaja. Assalamualaikum dan selamat hari raya!

Ulasan