Pesta Konvokesyen UKM : Sham Kamikaze & Catriona Ross

salam. semalam sempat menjengah ke dewan gemilang UKM yang sedang berlangsung pesta konvokesyen. masa awal sampai, tak ramai orang lagi, jadi ambil peluang untuk makan dulu, nanti dah ramai orang, susah pulak mahu order. makan nasi lemak kukus dan hot dog something something yang aku lupa nama belakang yang membuatkannya rasa istimewa. haha. Banyak jualan yang dibuat di sini selain daripada makanan ada terdapat jualan bunga, pakaian, motor, buku-buku, teddy bear dan bermacam lagi, dan seperti tahun-tahun sudah semestinya ada pameran dari setiap kursus di ukm.

Pada pentas utama semalam, diadakan satu forum yang diberi nama 'forum populariti : open your eyes'. Aku sebenarnya tak tahu pulak ada jemputan sebagai panel untuk Sham Kamikaze dan Catriona Ross, bila nampak aje diorang atas pentas, aku ambik peluang untuk dengar kisah diorang, bagaimana perubahan mereka daripada mereka sebelum ni walaupun badan aku dah penat sangat-sangat.

Sham Kamikaze
sumber : facebook beliau

Menurut Sham Kamikaze, doa ibunya merupakan satu doa yang dimakbulkan kerana tanpa sebarang musibah atau mudarat yang menimpa diri, dia berubah. Banyak kali Sham menceritakan kisah dia dan ibunya yang sangat selalu bertanya mengenai kewajipan solat yang patut ditunaikan Sham. Akhirnya selepas 35 tahun, doa ibunya itu menjadi kenyataan. Berkatnya doa seorang ibu! 

Sham jugak menceritakan kisahnya 'jalan jalan cari masjid' sehari selepas dia mula solat kembali. Dari kuala lumpur drive hingga ke perlis tanpa arah tertentu dan berhenti dari satu masjid ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah di awal waktu. 

catriona ross
sumber : faces of malaysian

Kisah penghijrahan Catriona Ross ni memang mengundang sebak siapa yang mendengarnya. macam cara DIA bagi untuk manusia. Catriona pernah kemalangan dan pernah dikatakan tidak mampu beranak kerana kemalangan yang dialami sangat teruk.Kalau korang berminat nak tahu, boleh ke laman blog ni yang menceritakan serba sedikit mengenai penghijrahan catriona ross ni.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada mereka yang menjayakan forum ini kerana mampu menarik ramai anak muda untuk mendengar kisah perubahan atau penghijrahan artis-artis terkenal tanah air ni. Memang manarik! Sayangnya aku tak dapat tunggu sehingga tamat kerana kepenatan memandu selama lima jam akinab jammed yang teruk semasa ke bangi tadi. harap forum sebegini diadakan lagi pada masa-masa mendatang.

Assalamualaikum.


Ulasan

puteri ain berkata…
doa seorang ibu mujarab :)
Tanpa Nama berkata…
As Salam,

alhamdulilah..
ramai artis sudah berhijrah kpd yg lebih baik..terbaru ni,Diana Amir. :)
Kuasa ALLAH S.W.T,siapa mampu lawan??
~~waniyummy~~ berkata…
esok nak ke ukm. best fren konvo. bagusnya ade forum tu
imHepPie berkata…
slalu gak gi lepak ukm...tpi konvo ni xda kesempatan lak
amal berkata…
sgt tersentuh mndgr crita kak cat saat hidayah menyapa.

kak cat pun ad bg talk dkt USIM bru2, yet UM too :)