Lelaki Seperti Aku Punya KOmitmen !!

salam. agak lama tak mencoret di sini. sibuk kerja katakan, orang dah bekerjaya ni kena fokus pada kerja. haha. *giler berlagak. Hari ni nak kongsikan sikit komitmen aku buat masa sekarang ni.owh! sebelum tu, tunjuk gambar konvokesyen aku pada isnin lepas. tahniah lah buat diri sendiri. *satu tak best bila tak leh bawak family jalan2 pusing KL, mungkin lain kali. 

ramai giler datang..seronok-seronok!!


Komitmen untuk family. memang ni keutamaan aku sekarang ni, memandangkan aku seorang sahaja antara adik beradik yang berjaya menamatkan pelajaran di menara gading. jadi harapan keluarga atas bahu aku agak besar, diorang nak tengok salah seorang dari kami ada kerja yang berpendapatan tetap. takyah nak makan gaji dengan orang kalau boleh. insyallah satu hari nanti. hehe. tengah berusaha ke arah tu la ni. 

Keluarga aku agak besar boleh kata. yang dalam gambar ni merupakan adik beradik kandung aku. semua 9 orang adik beradik, cuma seorang sahaja abang aku yang tak datang masa konvo lepas. *aku memang dah agak. jeles ngan aku la tu. haha. Selain adik beradik kandung, aku ada beberapa orang abang dengan akak tiri, kalau waktu berkumpul ramai-ramai memang kecoh habislah.

Komitmen untuk kerja. aku tak suka kerja tapi bila kita dah dibayar, komitmen untuk membuat kerja tu tetap kena teruskan. lagipun bidang kerja aku di ofis memang takde, semua kerja aku hanya di tapak site projek sahaja. jadi agak best dapat jalan-jalan. hehe. Sekarang, site aku di belakang sedikit dari Plaza Mont Kiara. bolehlah aku merehatkan diri di plaza tersebut pada waktu rehat. 

Komitmen untuk blog. yang ni pun ada komitmen jugak, walau dah jarang sangat meng'online'kan diri. haha. duit sampingan ni. bulan ni sahaja hampir RM200 aku dapat dari hasil blog aku iaitu blog ni dengan blog download aku dengan member aku. banyak jugak syarikat pengiklanan yang dicuba, untuk blog ni memang fokus pada nuffnang dan churpchurp sahaja. tapi blog download tu, ada tambahan iklan dari adf.ly dan clicksor. paling cepat dapat duit adalah dari churpchurp. thanks pada mereka yang klik iklan tersebut. 

komitmen untuk wanita a.k.a aweks. jangan haraplah! awek pun takde. camne nak komitmennya. lagipun aku ni old school punya orang. tak main la couple-couple ni. berkenan terus menikah aje. habis cerita! haha. lagipun target umur untuk aku kahwin sangatlah lambat lagi ( umur 30 an tu ), tapi kalau jodoh tak kemana. jadi pada para gadis di luar sana, dengarlah lagu yang ditujukan khas untuk kamu.*bajet hot! Lagu nyanyian alif satar bertajuk 'lelaki seperti aku'.







Lirik Lelaki Seperti Aku : Alif Satar


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan



Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak




itu sahaja yang nak diceritakan di sini.
assalamualaikum.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wa....siap ada lgu lg ya..hehe
xpa,tlg family dlu bru la cri awek.:D
Memang bajet hot ni.. Haha.. Takde laa.. Memang hot pun.. :p

Kalau gitu, good luck laa ye encik.. Semoga berjaya tercapailah semua impian anda.. Jadi anak yang berbakti.. :D
Arizakiah berkata…
Wah....ramainya keluarga yang datang...tentunya Azuan jadi harapan keluarga..chaiyok!..chaiyok...
Unknown berkata…
ceh.... kekekeke