Boomz : Online Game Friendster!

salam. sudah lama tak menulis mengenai games di laman blog ni. jadi hari ni nak perkenalkan satu game online yang aku tengah main sekarang ni. takde la best sangat, games untuk budak-budak bawah umur je ni. hehe. tapi disebabkan ianya online, maka korang mungkin boleh jadi addicted la pada game ni, ibarat korang main game facebook. aku rasa games ni pun ada di facebook, tapi aku main games ni di platform friendster. owh! Sekarang friendster dah jadi pusat game online, tak macam dulu lagi. profile lama aku pun dah hilang ntah ke mana.

Boomz di friendster!

Boomz merupakan satu games tembak menembak, bom mengebom antara korang dengan musuh korang. Games macam ni memang dah selalu ada, Cuma yang lain bagi boomz ini ialah secara online, jadi korang boleh challenge siapa yang korang nak, korang jugak boleh invite member korang dan lawan. Boleh juga membina satu liga antara korang sendiri.

Setakat ni, aku gunakan bahasa English untuk communicate dengan orang lain, ada jugak emoticon yang boleh digunakan kalau korang tak faham. Contohnya korang termasuk satu group yang manggunakan bahasa ibunda diorang macam aku pernah termasuk dalam kumpulan Filipina, jadi diorang gunakan bahasa diorang, jadi aku gunakan emoticon nil ah untuk bagitahu apa-apa. Seronok sangat pakai emoticon sampai masa untuk menyerang habis tak sedar! Haha.

Game House merupakan tempat mencabar dan mencari lawan..

Pelbagai pilihan untuk meng'improve'kan diri..

Main game ni memerlukan korang merangka strategi, lagi-lagi kalau lawan mempunyai level yang jauh lebih tinggi dari korang. Selain tu, kepelbagaian senjata yang digunakan juga menarik, aku gemar menggunakan bom berbanding senapang atau pistol atau buahan atau bermacam lagi. Utiliti tambahan seperti healer, invisibility, transport, anger dan pelbagai lagi utility hebat yang mampu membuatkan korang mengalahkan lawan yang lebih hebat.

Gelanggang perlawanan yang menguji..

Kalau rasa-rasa nak main bolehlah ke frienster dan cari games boomz ni dan jangan lupa add aku disini. profil frienster aku. jom berperang! sampai kat sini aje. assalamualaikum.

Ulasan

Jue berkata…
game dia macam maple story! aku dah x ingat pword friendster aku.

psst; friednster tu ex boss aku org kuat di blkg tabir hahahaha