Animasi Suasana Hari Raya : Anuar & Ellina

salam. selamat hari raya ketiga diucapkan kepada semua umat Islam yang menyambutnya. semoga hidup dipenuhi dengan keberkatan lagi-lagi setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga dalam menjalankan kewajiban kita sebagai hambaNYA. semoga kita tidak pula lalai dan leka sementelah pemergian bulan ramadan!

Di kesempatan ini ingin aku menyampaikan ucapan berbanyak kemaafan kepada semua hadirin yang terasa hati atau terkejut andaikata terdapat paparan isi blog ini yang mampu mengguris hati dan perasaan kerana penulisan itu sebenarnya sangat tajam bisanya yang mana mampu merubah cara pemikiran seseorang. jadi, jika ada bahasa yang sentap! gambar yang tercuri! bahasa yang dipinjam! halalkan sahaja. Kalau tak mahu halalkan, silalah beritahu dengan penuh gaya kesopanan. hehee.

selamat hari raya!
sources : webgambar.blogspot.com

Kalau dah meraikan aidilfitri ni, mesti ada terselit lagu-lagu raya yang mampu membuatkan korang tersenyum riang sewaktu di pagi hari raya. tahu lagu 'suasana hari raya' nyanyian si ellina dan anuar zain sewaktu diorang kecil kecil cili padi lagi! kalau tak tahu memang sah tak pernah dengar lagu raya sebelum ni. 

aku ada jumpa satu animasi yang dibuat berlatarkan lagu ni, boleh tahan jugak. penghasilan animasi ni dilakukan oleh ameirhamzahhashim  boleh tengok hasil kerja lain beliau dengan klik pautan pada nama mamat ni. dia ni pernah terlibat dalam pembikinan animasi Kluang Man dan Usop Santorian yang femes pada zaman kanak kanak aku. korang boleh jugak masuk ke blog ameir tu di sini.




assalamualaikum dan selamat hari raya!

Ulasan