Takde kaitan langsung dengan entri gambar dato siti dan zizan razak ni.... |
Salam. UPSR atau ujian pendidikan
sekolah rendah merupakan ujian yang diambil oleh budak darjah 6 sebelum
memasuki sekolah menengah. Ujian ni juga membolehkan seorang pelajar untuk
memasuki sekolah berasrama yang diidamkan. Jadi entri kali ni berkaitan la
sedikit dengan semua tu.
Masa aku sekolah dulu, banyak
jugak diadakan aktiviti bagi membolehkan pelajar mendapat gred yang hebat. Aku pun join sekali kerana aku berada di
kelas nombor 1 iaitu kelas 6 alfa dan dijangka mendapat result yang gempak! Padahal
belajarnya tak banyak, main aje yang banyak. Budak-budak kampung aku tak kisah
mana pasal exam ni agaknya, sebab tu aku rasa benda yang sama.
Aku juga tak dididik oleh keluarga aku untuk mendapat nombor satu dalam
kelas, result mesti gempak, malam kena belajar dan kerja sekolah kena siap.
Percayalah, kalau aku kata, mak aku tak kisah semua tu. Tapi mungkin sudah
rezeki orang kata, aku senang tangkap apa yang diajar. Jadi kerja sekolah no
hal. Aku pergi sekolah sebab itu yang akak dan abang aku buat. Aku ikut flow
ajelah!
Masa darjah 6, hujung minggu ada kelas tambahan, malam pulak ada kelas
malam. Kelas malam hanya aku join dekat-dekat nak exam UPSR disebabkan cikgu bagi free. Aku pergi pun menumpang
kereta rakan sekampung je nak pergi ke sekolah. Jauh woo sekolah aku, dalam 4km
jugak dari rumah aku.
Benda yang paling aku ingat, aku ni jenis pemalas. Dalam kelas aku, aku
rasa aku paling banyak ponteng. Tapi last exam, aku dapat nombor 4 ke nombor 5
entah. Haha. Selalu ponteng hari ahad, sebab nak tengok dragonball takpun sebab
takde duit nak tambang bas. Okay, keluarga aku bukan keluarga kaya, jadi masa
kerja ni aku nak balas balik apa yang dah keluarga aku buat untuk aku.
Berbalik pada UPSR tadi, macam biasa ada 5 subjek semuanya dan aku berjaya
score A untuk semua subjek. Percaya atau tak, sebenarnya aku tak rasa apa pun
masa dapat result ni sebab secara seriusnya aku tak tahu pun terdapat sekolah
berasrama penuh yang boleh kita apply kalau result kita tinggi masa UPSR.
Innocent giler kan masa tu!
Aku pun bukan jenis aktif bersukan atau berpersatuan, kalau persatuan pun
aku jadi ahli aje, takde jawatan-jawatan besar. Bila cikgu suruh aku isi borang
ke Sekolah Berasrama Penuh, memang tak tinggilah point aku. Jadi tak dapat
masuk SKBP. Tapi rezeki aku jugak sebab aku diterima masuk ke MRSM.
Ingat jugak masa aku pergi ke pejabat MARA kot untuk isi borang masuk MRSM
( selepas diberitahu beberapa kali oleh cikgu kelas aku ), aku tak bawak satu sen
pun, padahal nak isi borang tu kena bayar dalam 15 ringgit. Aku buat muka tak
bersalah mintak borang nak isi tapi cakap takde duit, nasib baik pakcik@makcik
yang jaga kesiankan aku kot. Bagi free aje. Hehe.
Panjang pulak entri ni aku rasa dan takde kaitan pun dengan UPSR dah. Jadi
ak stop kat sini dan semoga adik-adik yang mengambil exam tu berjaya dengan
jayanya. Owh! Lagi satu sekolah aku tahun tu dinobatkan sekolah terbaik untuk
daerah hulu terengganu sebab ada 17 orang budak kot dapat straight A untuk
UPSR. Haha.
Assalamualaikum.
Ulasan
kelas masa upsr dulu