3 Kata - Wo Ai Ni - I Love You - Aku Cinta Padamu - Malaysia

salam. selamat hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Hari ni cuti, esok cuti, lusa pun cuti! Memang derat sakan la. hari ni aku ambil keputusan untuk duduk di rumah aje, ambil peluang cuti ni untuk berehat sehari, esok mungkin akan mula berjalan-jalan cari makan. Hari ahad pulak ada 2 rumah terbuka tambah dengan acara pengambilan jubah untuk konvo aku pada 26hb ni. yehaa!!

Tajuk entri, aku sukakan negara Malaysia yang aman damai permai ni dan takde kata yang mampu menggambarkan betapa bangganya aku menjadi anak Malaysia. Siapa yang tak berbangga aku memang tak tahu nak cakap apa la. Mungkin negara kita ni tak femes mana di luar sana ( bak kata kawan aku yang belajar di america sana ), tapi cukup sahaja dengan kepelbagaian kaum, warna kulit, kita mmapu lagi tersenyum dan saling bantu membantu untuk kebaikan bersama. 

Makanan pulak tak payah cakap. ko nak 'ala' apa. semua ada kot, ala chinese, ala arabic, ala prancis, mungkin rasanya berlainan la sikit. pernah makan roti canai kentang? kalau tak pernah, pergi pontian order la satu. boleh tahan jugak sedap roti ni. Favorite aku, tom yam ayam memang terbaik! 

Orang Malaysia jugak prihatin. Bayangkan traffic jammed disebabkan sebuah kereta rosak tepi jalan. Kalau tak percaya lagi rakyat Malaysia ni prihatin, pergi ke kedai mamak, tengok berapa ramai peminta sedekah yang datang kat korang! Tengok jugak rancangan bersamamu yang banyak membantu mereka-mereka yang kurang mampu. 

Cuti. ini favorite semua mereka yang bergelar pekerja dan pelajar. Banyak kot cuti di Malaysia dan memang aku terima dengan hati terbuka. Hari ni cuti, esok cuti dan lusa pun cuti. Cuti Raya, Cuti Tahun Baru, Cuti Merdeka dan banyak lagi cuti-cuti yang membuatkan kita semua tersenyum riang! Memang syok! Lagi satu kalau korang terlewat nak pergi mana-mana, alasan terbaik adalah korang 'on the way' takpun 'jammed la'. hahaa.

Apapun, Malaysia is a great country with great people! Selamat Hari Malaysia!

Satu lagu dari KRU yang menyatakan perasaan sayang korang dalam pelbagai bahasa. layan lagu 3 kata hasil karya KRU ni.




Lirik Lagu 3 Kata - KRU

Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You
 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ko minat one piece ke?
farhana berkata…
Tahniah.. Selamat berkonvo.. Dan selamat semuanya..

TC..