Setem animasi Upin dan Ipin


Setem upin dan ipin yang telah dikeluarkan oleh pihak pos Malaysia bertemakan ‘permainan trdisional bersama upin & ipin serta kawan2’ ini telah mendapat pengiktirafan sebagai antara setem terbaik dunia 2010. penghargaan ini telah diberikan oleh sebuah portal yang mengemaskini  koleksi setem seluruh dunia iaitu stampnews.com.

most touching stamp

Setem yang menggambarkan permainan tradisoonal rakyat Negara kita seperti galah panjang, perang-perang, congkak, batu seremban serta telefon tin ini mampu megembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kita. Koleksi setem ini berada di tangga kedua dalam kategori ‘most touching stamps’.

batu seremban setem!

kak ros ngan nenek upin ipin 

perang perang upin ipin

main telefon tin punya setem

Seperti yang sedia maklum, animasi upin dan ipin memang berpengaruh kuat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Animasi upin dan ipin yang mula diperkenalkan oleh syarikat les’ copaque ini telah mula ditayangkan kepada umum sempena bulan puasa pada tahun 2007.  Gaya dan watak dalam animasi ini sangat terkenal, begitu juga trademark si ipin ‘betul…betul...betul...’ yang selalu digunakan oleh orang ramai dengan gaya yang comel tanpa mengira usia.

Upin dan ipin bermula dengan musim pertama yang sangat berjaya mengisahkan pengalaman puasa dua beradik kembar bersama nenek dan kakaknya, kak Ros. Namun, disebabkan sambutan hangat, siaran upin dan ipin diteruskan sehingga sekarang yang telah memasuki musim kelima, masa tayangan juga semakin panjang iaitu 7 minit berbanding 5 minit sewaktu musim 1dan musim 2. tak lupa juga filem upin ipin yang mendapat kutipan pecah panggung iaitu geng : pengembaraan bermula!

suara belakang tabir karekter upin ipin


Diharap banyak lagi animasi terbaik dihasilkan negara kita. Jumpa lagi. Assalamualaikum.


Ulasan

adarain berkata…
Upin & Ipin mmg the best begitu gak ngan boboiboy..
td aku baru beli setem...
xde plak dapat setem upin dan ipin..
SyuraLatif berkata…
amboi.. mahal jugak stamp upin ipin nikan.
miera berkata…
hihi~ comellllllllllllllllllll
Cik Kasut berkata…
setem yg sangat malaysia...klu tak asyik bunga n burung jer... :)