Anime : Usagi Drop @ Bunny Drop

salam. lama dah tak mengreview sesuatu kat blog ni. asyik cerita pasal diri sendiri aje kan. kebetulan free beberapa hari ini, aku cari antara anime musim ni, mana yang agak best untuk aku tonton. aku check satu anime bertajuk usagi drop dan hasilnya banyak review yang bagus mengenai anime ni. jadi aku layan aje!



Usagi drop bertemakan 'slice of life', dalam erti kata lain mengenai kehidupan sebenar. Cerita logiklah kiranya, takde aksi lawan-lawan melampau dengan kuasa bulan, semua tu takde. Usagi drop mengisahkan Daikichi yang mengambil keputusan untuk membesarkan Rin, anak mendiang datuknya apabila anggota keluarga yang lain kurang menerima kehadiran Rin. Jadi, bermula kehidupan si Daikichi yang takde pengalaman dengan kesibukan kerja dan kesibukan membesarkan seorang gadis.

aku baru sahaja tonton episod ke-4 dan bagi aku ianya adalah sangat lain daripada kebanyakkan anime yang aku pernah tengok sebelum ni kerana anime ni sangat boleh diterima akal, tapi aku still boleh layan. seronok tengok hubungan antara daikichi dan rin yang semakin hari semakin rapat. ( klik sini untuk download usagi drop anime ).


Manga Usagi Drop telah mula dikeluarkan pada tahun 2005 dalam majalah feel young di jepun. semua sekali mempunyai 56 chapter dan kalau berminat, korang boleh bacanya di mangareader ( klik sini untuk baca usagi drop manga ). Dikatakan manga ini berlanjutan hinggalah Rin membesar menjadi seorang pelajar sekolah menengah. aku baru aje baca chapter yang first, jadi tak boleh kata apa-apa!


Oleh sebab usagi drop atau lebih dikenali sebagai bunny drop di negara barat merupakan karya yang terkenal, satu filem telah dilakukan dan rasa aku filem ini tidak begitu sukar dilakukan kerana tidak melibatkan aksi magic, pertarungan kuasa atau wanita-wanita seksi. Watak daikichi dipegang oleh Kenichi Mamtsuyama yang pernah berlakon sebagai L dalam filem death note. Watak Rin pula dibawakan oleh adik comel lote yang bernama Mana Ashida. Tarikh tayangan filem ini pula adalah 20 ogos 2011 ( di jepun ).

kalau rasa tak tahu nak buat ape tu, download dan tengok anime ni!!
assalamualaikum.

Ulasan

miera berkata…
alahai, macam best je, nak tengok
miera berkata…
cam best jeh.. mst ada nangis2 neh. huhu