Rezeki ada di mana-mana!!

Salam. Lama rasa tak menulis di sini. Kekangan kerja betul-betul menghimpit masa yang digunakan untuk diri sendiri, selain kekangan internet yang agak payah untuk aku online kebelakangan ini.

Latihan industi aku di Kumpulan IKRAM Sdn.Bhd hanya tinggal lebih kurang satu bulan, bermakna aku akan semakin sibuk dengan laporan dan perbentangan yang perlu dihantar kepada pihak ukm. Dua bulan menjadi seorang praktikal mengajar aku banyak benda baru, hanya sedikit ilmu di kelas yang mampu aku aplikasikan kerana kebanyakkan daripadanya menuntut aku belajar lebih banyak perkara baru.

Namun dapat aku rasakan, yang rezeki aku sebenarnya agak murah. Di kala kesempitan wang, ada sahaja wang yang aku pinjamkan dahulu dibayar kembali. Minggu lepas pula aku jangkakan aku menghadiri interview, rupanya ianya merupakan offer kerja kepada aku. Memang bersyukur sangat. Walau gajinya tidaklah sebesar mana, tapi untuk permulaan aku tidak kisahkan sangat. Yang penting, aku sudah ada peluang untuk terus berkembang. Aku sebernarnya sangat-sangat risau sekiranya tiada kerja dan aku terpaksa mengambil kontrak sebagai penanam angggur sementara waktu. Tapi rezeki setiap manusia itu berbeza. Lain orang, lain yang Dia rencanakan. Lesen memandu aku yang telah lama terabai kira-kira 4 bulan juga sudah aku sambung kembali.

Aku yakin rezeki ada di mana-mana asalkan kita sanggup buka peluang untuk rezeki itu datang kepada kita. Buka diri kita, buka hati dan cari yang terbaik untuk diri sendiri. Dalam masa yang sama, jangan terus putus asa dan berharaplah kepada Yang Berkuasa untuk menambah semangat dalam diri.

Walau rezeki aku nampaknya murah, aku risaukan diri aku yang semakin kurang membaca kitab panduan seluruh umat manusia. Aku sangat-sangat risaukan perkara ini. Aku tak tahu mana silapnya, tapi yang pasti aku akan cuba luangkan masa untuk itu. Kehidupan kita atas muka bumi ini pun bukan panjang sangat. Sekejap sahaja semua ini akan berlalu dan yang tinggal hanya amalan/pahala kita.





Lirik lagu KITA AKAN DIJEMPUT - UKAYS

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

( korus )
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...
( ulang korus & 1 )
( 1 )
Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Di jemput pulang ..

Ulasan

cikceriacorner berkata…
salam..alhamdulila..rejeki..tahniah..

kalo kite bersabau dan berusaha pasti akan berjaya
Tanpa Nama berkata…
tahniah dapat kerja
Solehah berkata…
alhamdulillah..tahniah..
tomamot berkata…
da dpt job?congratz~!
Tanpa Nama berkata…
assalam. nak tumpang tanye. ada simpan lagi tak laporan latihan industri awk?