relay for life KL 2011!! Drama Lie to Me!!

salam. mata aku sangat mengantuk. ni semua gara-gara Relay For Life KL 2011. mana taknya kalau dibuat acara yang tak tidur semalaman betul-betul depan bilik aku. aku jengok dari beranda nampak lautan manusia pakai baju bewarna kuning. acara tu bermula jam 6 petang kalau tak silap. tadi tengahari baru tamat. betul-betul berazam tinggi peserta dan penganjur program ini. mahu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang masalah kanser.

aku ada pergi melawat semalam, tengok-tengok aje ( orang kata bagi sokongan! ) nak kata bosan memang tak logik, dari bilik aku boleh dengar suara gempita jeritan setiap kali ada program atas pentas. masa aku pergi, ada acara ratu cantik kalau tak silap aku. ntahlah aku tak dapat teka gender mereka yang bertanding! haha. aku duduk jauh di tepi pentas. setiap peserta mewakili negara-negara masing-masing. Ada Brazil, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Filipina.   

habis cerita acara 16 jam tersebut. 

sekarang. aku nak cerita pasal satu drama yang aku layan baru ni. tajuknya lie to me. aku dah lama tengok episod sebelumnya cuma episod last sekali baru sahaja sempat aku layan. Memang menghampakan episod last tersebut. sebelum tu semua dah okay, romantik jadi, sedih jadi, marah jadi, kira layanlah. twist untuk episod last ni memang kurang menjadi. tiba-tiba si perempuan jadi nervous dan nak cari sesuatu yang dia rasa hilang, tapi sampai kesudah tak tunjuk-tunjuk apa yang hilang. rasa nak pelempang je pengarah drama ni. takyah buat takper episod last tu. 

apapun lagu ost drama ni memang layan. kiut bukan main! hahaa.


Ulasan

farhanaDr berkata…
Oh. Dah balik duduk kolej ke? Huhu.

Abes jugak sume 16 episod. Ingatkan tengok separuh jalan je.
Dearie Pearls berkata…
hahaha...
siapa ar pengarah yang bakal nak kena lempang tu. hehehe..

thank you datang berkunjung ke blog saya. hehehe
Solehah berkata…
teringin nak join sebenarnya.tapi memandangkan tengah sarat sekarang ni tak mampu berjalan sampai jauh cmtu.
tomamot berkata…
hambo0i...gle layan korea.....