Datuk Siti Nurhaliza !!

salam. tadi berpeluang sampai ke hadapan rumah penyanyi nombor satu negara. kalau tak kenal, memang sah bukan rakyat Malaysia. mak aku pun tahu penyanyi paling femes abad ini, dato siti nurhaliza. bukan main pusing satu kuala lipis ni semata-mata nak cari rumah tu, siap masuk felda mana ntah! Lastly, tanya orang di stesen minyak. nasib baik dia sudi tunjukkan jalan, bawak sampai depan rumah tu. bila ditanya, rupanya saudara dato siti jugak. 

kalau diikutkan aku membesar dengan lagu-lagu dato siti. walau aku bukan peminat fanatik dato siti, aku memang tak dapat lari dari mendengar lagu-lagunya yang menjadi halwa telinga kebanyakkan rakyat malaysia. ada seorang kawan aku, siap ada semua koleksi album dato siti siap dengan semua poster dan sebagainya. memang dikira fanatik!

lagu first dato siti yang aku dengar semesetinya jerat percintaan, aku ketika itu masih bersekolah rendah memang tak amik pusing, tapi disebabkan suara-suara merdu akak-akak aku yang suka menyanyikan lagu tersebut menyebabkan aku mengenali siapa dia dato siti nurhaliza taruddin. kenal muka ajelah. aku manalah tahu ada kerja orang sebagai penyanyi masa tu. gila innocent kan!! tak macam budak zaman sekarang, cita-cita semua nak jadi artis. bisa-bisa!

lagu lain yang jugak aku ingat masa aku sekolah rendah yang dinyanyikan dato siti adalah lagu kau mawarku. sebuah lau duet dengan 2by2 ( kalau tak silap ). "kau mawarku....suasua...juwita syahdu..lalala...kau teruna..rantai nyawa...suasua..lalalaa". yang part "suasua" buat aku teringat-ingat sampai sekarang tu.

kemudian lagu meletupnya yang buatkan semua orang tidur tak lena, mandi tak basah, semestinya lagu cindai yang sangat-sangat hangat masa tu. gila femes lagu ni, sampai semua artis lain terikut-ikut menyanyikan lagu berirama etnik kreatif ni, tapi still tak berjaya sebagaimana berjayanya lagu-lagu dato siti. mungkin ada auranya tersendiri.

cukup tiga lagu sahaja yang aku sebut. nanti kalau sebut semua mahu tiga hari tiga malam aku karang entri ni. seminat mana korang dengan mana-mana artis, jangan jadikan diorang sebagai rujukan/idola untuk masa hadapan korang, carilah dia yang menjadi manusia pilihan sebagai Rasul Terakhir umat manusia sebagai idola yang tiada tolak bandingan. berhibur tak salah, tapi jangan terlebih! 




Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Ulasan

Unknown berkata…
haha...ari tu kitaorg 1 family da tersesat kat kuala lipis, tiba2 ternampak label tulis rumah CT... xsangka lak leh jumpa...
Solehah berkata…
sekarang mesti still minat ni..hee
Tanpa Nama berkata…
mula2 meletup lagi Cindai