salam. 8 jun merupakan sambutan 'World Ocean day' yang diadakan saban tahun semenjak tahun 1992. Memang kempen mengenai ini sangat jarang didengari di negara kita, namun negara kita yang sememangnya dikelilingi lautan sepatutnya menjadikan World Ocean Day sebagai salah satu hari bagi memperingati kepentingan menjaga kebersihan lautan yang semakin tercemar dari hari ke hari akibat aktiviti manusia sendiri.
world ocean day! sama-sama menjaga kebersihan lautan. |
Bila dah terjaga kawasan lautan ni semua, pantai pun jadi cantik dan indah. Baru best nak pi berkelah bagai, memancing bagai, mandi manda bagai. Kat bawah ni aku senaraikan pantai yang aku pernah pergi. Kebanyakkan di Terengganu la, haha. ( Klik nama pantai untuk lihat gambar! )
Aku pergi bersama dengan family, memang dah rutin pergi mandi manda ni. Terletak di daerah Marang, Terengganu, kawasan pantai yang tak dibangunkan oleh pihak berwajib menjadi port kami sekeluarga. Baru thrilled! Sebenarnya adalah kemudahan macam tandas, pondok dan sebagainya tetapi terabai tanpa penyelenggaraan. Kalau nak berjemur elok sangat kawasan ini, takde orang dan memang panas.
Terletak dekat di daerah dungun kalau tak silap, pantai ini memang cantik, dengan air yang sangat-sanagt jernih. Anak-anak ikan pun nampak dengan jelas. Pasir pantai yang sangat-sangat bersih, susah nak jumpa sampah. Memang terbaik! Kalau boleh, aku nak je mandi masa pergi sini tapi tak berpeluang sebab pergi masa kerja.
Sangat-sangat cantik ketiga-tiga pantai ini terutama pantai Bukit dengdong. Air jernih giler dan sangat-sangat best untuk mandi. Pantai bukit kluang sudah dimajukan dengan pelbagai kemudahan, Pantai bukit bubus dan bukit dengdong masih kekal tanpa banyak pembangunan. Dah banyak kali aku sampai kat tempat ini.
Sangat-sangat tak best pantainya, yang best adalah kolam renangnya. haha. Air tak jernih tak kisah sangat, tetapi sampah sarap memang penuh. Kalau surut sahaja air tu, nampaklah wajah sebenar pantai yang telah rosak dan kotor. Mungkin banana tue best la! haha.
Ini merupakan sebahagian pantai-pantai yang aku pernah pergi. Aku pernah ke langkawi, perlis dan banyak lagi tempat lain, tetapi pantai di Terengganu jugak yang terbaik! Aku sangat-sangat nak pergi sabah. Orang kata, pantai sana banyak yang cantik-cantik! Aku jugak mahu pergi ke Pulau Perhentian di terengganu, macam menarik je tempat tu.
salam.
Ulasan