SAYS.MY : Buat Duit Macam Churp-Churp!!


salam. selamat pagi.aku masih tak terasa nak tidur, memang tak mengantuk! mungkin terkejut salma menang. haha. padahal tak pernah tengok pun mentor, malam ni first time dengar nama salma tu, protege erra fazira kan? sempat tengok masa makan malam tadi, salma nyanyi lagu orangputihmanaentah!


ok. aku taknak cerita pasal si salma lagi. back to topic. aku nak kongsi sedikit mengenai says.my. Memang best says ni sebab ianya macam churp-churp. ramai tahu betapa mudah dan senangnya nak jana duit pakai churp-churp, begitu jugak dengan says ni. aku pernah rasanya aktifkan akaun says ni tapi tak pernah aktif, sebab masa tu pakai point-point yang buat aku pening! Tadi aku try la buka dan aku tengok perubahan yang dilakukan memang banyak dan memudahkan orang ramai untuk turut serta. memang terbaik!

Apa yang aku nampak sistem point masih digunapakai tetapi macam makin mudah untuk mendapatkan point-point ni. aku tak try lagi yang point ni sebab aku masih dalam proses mencuba iklan-iklan yang boleh aku promotekan. Contoh iklan macam iklan munchys yang korang boleh tengok kat bahagaian bawah header blog aku ni. Entri si Reza Salleh sebelum ni pun ada aku letak iklan says.my ni. 

Selain itu, says ni jugak ada memberi misi untuk korang selesaikan. Misi ini mengandungi beberapa tugasan yang boleh korang langsaikan dengan mudah kalau korang rajen. Aku malas sikit, jadi masih tak settle-settle lagi. Selesai misi, hasilnya aku tak tahu apa yang korang bakal dapat sebab aku pun belum pernah habis satu misi. hahaa.

Lupa pulak, says ini membahagikan kita kepada 3 kategori iaitu school ( untuk budak sekolah ), campus ( budak universiti ) dan young professional ( untuk yang bekerja ). Aku still dalam kategori campus! hehe. Dulu seingat aku nama says ni ialah youthsays di mana ianya merupakan satu komuniti untuk remaja macam frienster tu. entah la betul ke tidak? aku pun ingat-ingat lupa aje. kepala pun dah berat tengok jam dah nak masuk pukul 2 pagi. 

ok la. aku nak chow dulu. jangan lupa masuk SAYS ni. memang mudah dan tak menyesal! Setahu aku kalau korang letak dalam blog, maka hilanglah status gliterri korang di nuffnang, tapi aku tak pasti lah betul ke tidak. Sebab aku memang dah hilang status lepas letak iklan adverlets dalam blog ni. jangan risau sebab korang masih boleh iklankan dalam facebook atau twitter atau wordpress atau mana-mana tempat yang bersesuaian. hehe. Masuk jangan tak masuk!!

Ulasan

Hans Hanis berkata…
says pun macam churp churp ekk?
pasnih ko leh la belanja aku
ekekekek
Faaein Talip Roy berkata…
tahniah buat salma.. aku pun tak layan gak mentor.. aleh2 dgr cerita sudah ada pemenang.. hehehe...
.drakula. berkata…
jeles sikit jer laa...hehe