Petua Orang Lama! Mereka Banyak Pengalaman Hidup!

salam. sekarang aku berada di library. waktu belajar punya liat mahu ke sini, tapi hari ni dengan hati terbuka aku ke sini. bukan sebab apa, tapi wi-fi free kat sini. wakaka. 

orang lama, banyak pengalaman...
  • disebabkan hari ini hari emak/ibu, jadi aku akan ceritakan mengenai petua yang pernah aku dapat dari mak aku. Setiap orang bangga kan dengan mak sendiri. mungkinlah ada segelintitir yang tidak suka akan emak sendiri, tapi yang baca blog ni semua sayangkan emak sendiri rasanya. hehe. 

  • Masa kecik-kecik memang susah nak pergi klinik kalau sakit perut. sebab rumah lama aku memang jauh dari pembandaran kota. betul-betul tengah hutan. haha. Jadi apa yang emak kami buat ialah amik pucuk jambu batu muda, bagi kami kunyah takpun tumbuk-tumbuk kemudian bagi minum. Ada jugak yang pakai teh pekat sepekat alam. memang betul-betul pekat. Yang teh ni sampai sekarang diamalkan, yang daun jambu tu memang payah la nak cari pokok jambu sekarang. hihi. 

  • Petua lebatkan rambut pulak rahsianya pakai minyak zaiton. Adik beradik aku semua rambut lebat-lebat. haha. Ingat lagi time belajar sekolah rendah, pakai minyak zaitun aje masa nak pergi sekolah. kalau demam, amik bunga raya, rendam dalam air. kemudian lekat dekat dahi. Confirm turun suhu badan. Kalau nak bagi kepala wangi, mandi dengan air irisan limau nipis. bukan je wangi, badan pun rasa sejuk dan semangat semacam. haha. Nak hilang bau hanyir pun pakai limau nipis jugak!
  • Aku pernah pakai inai sebabkan cekam. emak aku kata boleh sembuhkan lah cekam tu kalau pakai inai. Aku jenis tak amik peduli mana kalau sakit-sakit ni, jadi aku biarkan ajelah sampai dah bernanah-nanah tu barulah tergesa cari daun inau. mintak akak/adik/anak saudara tolong buatkan. Mana lah pandai nak buat inai ni tapi macam senang aje. taruk tu, taruk ni, tumbuk-tumbuk, taruk tu, taruk ni, tumbuk lagi. kemudian balut pakai supik ( plastik ). Senang! Buat tak jadi jugak. hehe. ok. petua dia kalau kena cekam, pakai inai. Cekam tak tahu, sila google yea. 
banyak petua yang nak dikongsi...
  • sebenarnya banyak lagi petua yang diberi cuma aku tak ingat. hehe. apapun, kepada mereka yang punya emak/ibu atau orang yang korang anggap macam mak kepada korang. sayangilah mereka semasa mereka masih hidup ni. Selamat Hari Ibu kepada emak dan ibu-ibu semua. Adik beradik aku dah 4 orang jadi ibu kepada 12 orang anak sedara aku. hehe. 



            


          p/s : hormatilah orang yang lebih tua.


Ulasan

miss Fyqa berkata…
MAK memang tahu segalanya. :)
Pengalaman mereka sgt penting utk generasi kini :)
Azuan berkata…
@miss Fyqa

ramai yang tak hargai..
Tanpa Nama berkata…
wah. byk petua mak ko
jgn lepaskan... belajar lg semua petua. byk lg tu
N a d i a berkata…
Perghh..

terasa lama dah tak mengomen kat sini. ;p


Banyak betol petua mak ko bagi Azuan. boleh lah cuba amalkan plak lepas nih. hehehe.


Camne nak buat kolum komen tuh? Ajar boleh? heee
Kau tak boleh pergi klinik? Isk isk. Rugi ahh jadi doktor camni. =p

P/S : Balik rumah jenguk mak weh.. ;)