New Anime : Blue Exorcist a.k.a Ao No Exorcist


Salam. Aku baru sahaja habis menamatkan episode keempat satu anime terbaru iaitu Ae No Exorcist atau dalam bahasa inggerisnya adalah Blue Exorcist. Sebuah drama aksi yang memang sangat-sangat menarik. Padat dengan aksi dan animasinya boleh tahan terbaik.


Mengisahkan cerita mengenai exorcist iaitu penghapus syaitan. Adik beradik kembar Rin Okumura dan Yukio Okumura merupakan pewaris kepada kuasa raja syaitan. Sewaktu dalam kandungan, badan yukio sangat lemah meyebabkan hanya rin sahaja yang mampu menerima kuasa syaitan tersebut. Setelah beberapa tahun, syaitan mula mencari pewarisnya dan Rin terpaksa berhadapan dengan kenyataan tersebut. Namun, disebabkan satu eksiden, Rin mengambil keputusan untuk menjadi seorang Exorcist !!

bapa kepada yukio dan rin okumura
Setakat ini baru beberapa karekter yang dikembangkan wataknya. Jom baca kat bawah ;

Rin Okumura
 Hero utama anime ini. Pewaris kuasa syaitan tetapi dalam bentuk tubuh manusia. Dia seorang yang sangat kuat tetapi cepat marah. Kembar kepada adiknya dan ayahnya ( manusia yang jaga/asuh mamat ni ) seorang exorcist yang hebat. Mula menjadi exorcist selepas ayahnya meninggal dunia. Senjata yang digunakan adalah sebatang pedang yang beraura biru.

Yukio Okumura
 Adik kembar kepada hero utama. Pada mulanya, dia menganggap abangnya adalah penyebab kepada kematian bapanya. Seorang exorcist. Mula belajar menjadi exorcist pada umur 7 tahun apabila diminta oleh bapanya sendiri bagi melindungi abangnya. Senjata yang digunakan adalah dua biji pistol. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang exorcist dan pada usia muda, telah mula menjadi guru untuk mengajar mereka yang berminat untuk menjadi exorcist. 


p/s : tak sabar tunggu episod seterusnya..

Ulasan

tetibe t'ingt kat dewata raya.. pedang setiawan.. ;P
amirahyusoff berkata…
cerita nih memang best!