Dah Tak Bergelar Student! Jadi Kena Fikir Banyak!

  • Salam. woha! dah lama betol tak berupdate blog jangan bukak ni. maklumlah tengah busy dengan Latihan Industri. latihan industri, kira ok la. orang bagi kerja, kita buat apa yang boleh. Apa yang tak boleh, tanya ajelah. orang Malaysia kan semua berbudi bahasa. tapi bosan jugak duduk memerap dalam office tu! Baru tahu betapa seronok bila tiba hujung minggu. esok jumaat, last day untuk minggu ni. hehe.

Arghh!! camne nak update blog ni..haha. ada ke tekanan sebab takleh update blog? kes bahaya tu..

  • Buat masa sekarang, kewangan memang jadi perhatian utama. duduk jauh dari family dan baru praktikal, berapa sangatlah elaun yang dapat. Jadi kena berjimatlah nampaknya. itu cara paling mudah. mungkin boleh bekerja, ada beberapa cadangan tapi agak susah nak urus masa. Praktikal pun tamat jam 6 petang. bertolak balik, dalam jam 7 baru sampai. dengan penatnya, memang tolak tepi kot pasal kerja ni. Nasib baik gua ni banyak orang loan duit. masa nie la nak mintak balik. hahaaa. mungkin gua patut kenakan interest. leh jadi along maa! haram-haram. hihi.
  • rumah sewa pulak dah bayar tapi belum masuk sebab baru je dapat. jadi rumah tu perlu dibaiki dulu. Esok baru leh masuk. harap ok je la rumah tu. jangan banyak masalah dah! Tuan rumah pun sporting je nampaknya. Rumah bujang, duduk dalam 4 orang, semua member3. jadi takde masalah mana la. hehe. bila duduk rumah sewa, kena la belajar sikit-sikit kemas rumah, sapu-sapu sampah, buang-buang sampah dan perkara sewaktu dengannya. 
  • bila duduk di rumah sewa, camne la aku nak connect sama internet. masalah besar ni. haha. bila takde internet, macam mana aku nak download anime beelzebub yang tengah best sekarang ni, camne aku nak update blog aku ni, camne aku nak baca status-status mereka di facebook. ceciter..ceciter..bala-bala~

camner? camner? broadband je la jawapannya! mana nak cekau duit! akhirnya wifi ukm jadi mangsa..haha.

  • ok. dah tak bergelar student sekarang ni. memang banyak benda kena pikio. macam-macam ada, orang kata. tapi itu semua kehidupan. bangun, pergi kerja, buat kerja, makan, buat kerja, balik, tidor, bangun balik dan seterusnya. semua tu satu fasa yang semua orang hadapi, mungkin berlainan ikut latar belakang seseorang. yang penting, ikhlas dan niatkan semuanya hanya kerana Allah. harap-harap semuanya selamat dunia akhirat.  
  • panjang rasa entri ni. mungkin sebab aku tak tahu bila lagi aku akan update. mungkin sejam kemudian, mungkin esok atau mungkin lusa, mungkin minggu depan, mungkin dua minggu depan. tengok kerajinan dan kelapangan aku ni. hehe. chow ~


        p/s : ada orang tanya apa tu 'belang-belang'. bahasa terengganu tu. 'belang-belang' tu maksudnya lebih 
        kurang dengan 'dalam-dalam'. kalau dalam ayat macam 'belang-belang sibuk' maksudnya 'dalam-dalam    
        tengah sibuk'. hehe.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
selamat datang ke alam kerja yg bosan
eh ko lepas praktikal ni terus keje ker?
Azuan berkata…
@Aimi dan Pakcik Hashim

ye2..terus korje..dah abes dah blaja...hehe