Dugaan~ Dugaan~ Dugaan~

Salam. masih ingat jalan cerita Pendekar Bujang Lapok tang cubaan! cubaan! sampai terguling-guling pendekar Mustar nak terangkan yang anak daranya betul-betul kena culik bukannya cubaan. haha. aku yang tengok dah keberapa sekelian kali ni pun turut terguling-guling tahap gelak. simple aje tapi lawak memang mantap! sape-sape yang setuju..sila angkat tangan macam saye..hahaa.

sumber : Wa padang pasir ruuu...tompok3 taik unta...

Ok. balik pada tajuk asal. Dugaan ni kadang-kadang kita mampu jangka, sebab ada hint3 yang kita nampak. Tapi ada dugaan yang datang mendadak, secara tiba-tiba, yang buat kita sangat-sangat terkejut, terperanjat, terkesima, dan macam-macam lagi perasaan yang tak dapat kita gambarkan.


Hidup kita umpama pelayar, dugaan umpama ombak di lautan. kadang-kdang ombak tu saiznya kecik, kadang-kadang ombak tu saiznya besar. Tapi jangan kita lupa yang ada jugak ombak yang tenang dan muka-muka mereka yang gembira yang menanti kita di pelabuhan.

sumber 
setiap dugaan menguatkan hati dan mendekatkan kita pada Pencipta. setiap manusia yang menghadapi dugaan pasti mencari Allah. kenapa? kerana bila kita dekat denganNya, mentaliti kita turut meningkat, keyakinan untuk mengahdapi dugaan yang diberikan juga meningkat. Lihat sahaja para Nabi dan Sahabat, walau diuji, diseksa, dikeji dan sebagainya, mereka tetap kuat kerana mereka beriman dan dengan Yang Maha Berkuasa. 

sumber
Fikir positif dan teruskan kehidupan seperti biasa. dugaan yang diberikan bukan berada di luar kemampuan kita. miskin, kaya, ajal dan sebagainya hanya sebahagian daripada kehidupan kita yang singkat ini. ingat tujuan kita dan misi utama kita dihidupkan di muka bumi ini. Semoga kita terus berada di bawah lindunganNya, petunjukNya dan rahmatNya.

Ulasan

maHAni binTi ShafiE berkata…
sy pun ske tgk cite ni...meg dorg nye lawak the best in tke world la...xde sape yg leh ganti nye...
zaidi berkata…
perghh..
Jatuh pon kadang-kadang bagus. Bila bangun semula, kita jadi kuat.


Cobaan.
:)