salam. semasa dalam kelas memandu baru ni, aku terperasan seorang perempuan yang duduk sebelah aku asyik menulis sesuatu dalam buku catatan dia. oleh sebab orang Malaysia memang terkenal dengan sikap suka ambil tahu hal sekeliling, aku pun ambil inisiatif untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertauliah. aku usha aje, macam diari aje aku rasa. tapi tiba-tiba aje dia cross something di bahagian atas buku tu, lepas tu aku nampak perkiraan matematik dengan tanda RM yang besar-besar nilainya. jadi aku teka yang tu merupakan buku lima-lima. jadi aku tanya ajelah, memandangkan budak tu pun satu U dengan aku ;
sumber : sini |
aku : buku apa tu?
budak perempuan : owh...buku nie..buku benda yang patut aku buat hari ni.
aku : oooo...
mata fokus kat penceramah balik, padahal otak duduk fikir pasal buku tu. dulu masa kat sekolah aku pun ada ajar untuk buat buku ni. buku untuk tulis perkara penting yang patut dibuat pada hari-hari sepatutnya, dan bila dah buat bolehlah kita pangkah perkara yang kita dah buat. dalam kes ni, budak perempuan tu pun dah upgrade sikit dengan letak sekali semua hutang piutang beliau dalam tue.
pernah jugak aku buat buku ni tapi sat je la.saat paling best ialah bila dapat buat semua perkara yang patut aku buat pada hari tersebut. buku ni kira macam beri motivasi untuk siapkan apa target aku pada hari tersebut.
yes! you can.. sumber : sini |
sebelum aku gerak, aku cadangkan korang Baca entri di atas ni, entri lama dah ni. hehe. baca dan fikir, yang baik amik jadikan motivasi, yang korang rasa tak elok, amik jugak jadikan sempadan.
Ulasan
betul tue..huhu
benar itu..hahaa
Tapi slowly, aku dah tak gunakan sangat..
P/S: Sempat skodeng orang sebelah yek.. "Budak perempuan" je? Takkan tak tanya nama kot.. :p