Games : Neighbours From Hell 1

  • salam. kali ini aku nak perkenalkan satu games yang aku dah try, test main dekat laptop buruk aku nie. memang boleh tahan jugak games nie. hilang jugak bosan aku. hehee. games yang aku nak kenalkan ni  diberi nama 'jiran dari neraka/neighbours from hell'.
- sumber -


  • dalam games nie, kita akan pegang watak sebagai jiran (woody) yang perangai sangat busuk sebab jeles dengan jiran dan si woody ni yang sanggup guna cara apa sekalipun untuk buat jiran dia marah.yang bagi markah tahap kemarahan jiran tue ialah penonton yang bersorak bagai setiap kali taktik si woody berjaya.  
  • sebagai watak si woody, kita boleh gunakan pelbagai cara untuk buat jiran kita marah antaranya; letak guli atas lantai dan bila jiran kita lalu dia akan tergelincir, rosakkan aerial televisyen rumah jiran, letak gam gajah pada teropong jiran, rosakkan sofa dengan gergaji, letak belon di atas sofa dan bila jiran kita duduk akan keluar bunyi kentut. hahaa. ada banyak lagi dan kita kena cari sendiri cara nak kenakan jiran kita, itu yang agak mencabar game ni. kalau kantoi dengan jiran masa nak buat aktiviti haram nie, habis lah kena belasah sampai lunyai. 
- sumber -

- ada season-season lagi tu : sumber -
  • cara kontrol game nie sangat senang, hanya guna mouse dengan keyboard 'anak panah'. grafik memang sah-sah la karton. setakat yang aku main memang best dan layan la jugak. kalau tak best, mana la diorang buat yang ke-2 dan ke-3 pulak kan. hehee.
  • pengajaran dari games ni : janganlah korang dengki + jeles sangat dengan jiran korang. jiran sepatutnya saling bantu-membantu, jangan jadi macam si woody ni, tak aman hidup jiran dia. lagi satu, kalau nak buat jahat tue, buat elok-elok! jangan sampai kantoi. tapi kalau jiran tak nampak, yang cipta kita nampak jugak kan. hehe. akhir sekali aku letak trailer untuk games ni ; memang terbaik!







Ulasan

SakuraQis berkata…
mana nak cari game ni??

huhu

@_@
Azuan berkata…
@Ämêêr况l ßålqï§

cuba link nie...

http://www.ganool.com/2010/11/download-game-neighbours-from-hell.html
peh! cam layan je game ni..
kompem download.. wakakaka