Bila Ayah Rogol Anak Di Hadapan Seorang Ibu !!

  • salam. subhanallah ! agak terkejut aku baca mstar online tadi mengenai berita haruan makan anak. itu bahasa sopan, bahasa kurang sopan macam tajuk entri aku ni. kenapa aku tulis 'agak terkejut' kerana perkara ini macam dah jadi perkara atau berita biasa yang disiarkan oleh surat-surat akhbar online atau tak online. aku sudah naik menyampah dengan ayah-ayah yang rupa gini, yang tak tahu nak salurkan keinginan kepada arah yang betul, yang dapat pahala bukan dosa, yang dapat kebahagiaan, bukan penderitaan di dunia dan akhirat.
- sumber -
  • seorang ayah yang sepatutnya menjaga dan melindungi keluarga dengan kekuatan dan keperkasaan, seorang ayah yang sepatutnya tekun dan rajin bekerja demi melihat senyuman di muka setiap ahli keluarganya hasil daripada penat lelahnya, seorang ayah yang bijaksana dan mampu memberi kesedaran kepada anaknya tentang apa yang betul dan apa yang salah. paling kurang, jadilah seorang ayah seperti ayah mereka-mereka yang lain, bukannya jadi ayah tetapi nafsu mengalahkan syaitan bertopengkan manusia. 
  • agaknya bagaimana penerimaan si anak terhadap ayahnya nanti, bukan ayah sahaja tetapi terhadap orang lelaki. mungkin hilang kepercayaan terhadap seorang lelaki, seterusnya membawa kepada masalah 'pengkid' dan 'lesbian'. mungkin kan? pernah tengok cerita cinta untuk ain kalau tak salah lakonan que haidar dengan nabila anak amy search, tengok macamana kesan terhadap anak bila ayah buat dajal pergi jual anak untuk jadi pelacur. sampai hilang ingatan sebab trauma sangat.
- sumber -
  • masalah keruntuhan sebuah kekeluargaan memang sangat meruncing dalam negara kita. nak salahkan siapa, tak perlu kot nak bahas tang nie. oleh sebab aku nie muda remaja lagi dan aku tahu yang baca blog ni pun banyak yang belum kahwin/ada anak lagi, marilah kita sama-sama pergi menuntut ilmu agar nanti kita menjadi ibu dan bapa yang terbaik. ramai lelaki sebenarnya belum bersedia untuk menjadi seorang ayah, aku pun sama. tapi inshallah bila tiba masanya kelak, aku akan cuba menjadi ayah yang baik.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tu my experience.



nafsu tu tak kenal sesiapa.
baik dia berserban atau tak pernah jejak masjid.
kerana kemanusiaan diri sendiri yang hanya mampu mengekang daripada menjadi setan.
Azuan berkata…
@MATAHARI

yep! sokong kamu..nafsu mmg tak kenal sesiapa..sebab tue kita perlukan ilmu untk mantapkan iman..iman tue yang mampu untuk mengawal nafsu..:|
MissHyde berkata…
takut kan bila benda benda macam ni dah jadi norm dlm masyarakat kita.nauzubillah!

anak tu wehhhh....
hasni berkata…
skrg kena berhati2 even dengan mahram sndiri
bukan tak percaya
tp skrg manusia mudah benar kalah dengan hasutan syaitan dan nafsu
Unknown berkata…
sedih...
bila keimanan seseorang hilang, kewarasan diri pun akan turut hilang menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu..
dontpushpush berkata…
kenalah cari husband yg elok gini...
ainnur berkata…
bagus cari husband
Ckin Kembaq berkata…
iman manusia hanyalah snipis kulit bawang,jadi tebal2kanlah dengan dekatkan diri dengan Allah.. ^_^