Aku hanya memakai baju kemeja oren berlengan pendek, seluar jeans lusuh dan berkasut hitam. aku perlu lakukan ini. tanpa berfikir panjang lagi, aku mengambil nafas panjang dan enjin kereta aku hidupkan dan meluncur laju ke destinasi, rumah nur sarah.
kereta aku parking di tempat biasa, di mana aku bisa melihat wajah nur sarah dari kejauhan melalui beranda bilik nur sarah. aku tahu dia selalu berdiri di situ sambil memandang ke langit. di beranda itulah, kali pertama aku melihat nur sarah, dan kali pertama itulah aku sudah jatuh hati pada nur sarah.
Aku berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah nur sarah. aku memberanikan diri menekan loceng rumahnya.
Interkom di hadapan aku berbunyi. 'ye, cari siapa?'.aku menjawab, 'nur sarah ada?'saya Azlan. rakan nur sarah'
tidak lama kemudian, pintu rumah terbuka, nur sarah keluar dengan memakai baju kurung lengkap, dan macam kebiasaan tudung labuh yang menutup sebahagian tubuhnya.
'assalamualaikum nur sarah.' aku memulakan perbualan.
'waailaikumusalam. ade apa ye?' tanya nur sarah kelihatan sedikit cemas.
jantung aku berdegup kencang, muka aku terasa panas. persoalan nur sarah menyebabkan aku kembali ke alam realiti tentang tujuan utama aku kesini.
aku genggam kedua tangan aku sekuat hati dan aku pandang ke arah nur sarah.
'nur sarah, sudi tak awak menjadi isteri saya?'
suasana sepi antara aku dan nur sarah. aku lihat nur sarah mengetap bibir, seakan cuba menahan tangisan. nur sarah berpaling dan berlari anak kedalam rumah. aku mengeluh dan yang pasti aku tak mengerti akan reaksi nur sarah. aku berdiri di hadapan pagar itu dengan harapan nur sarah keluar memberi penjelasan.
'Azlan?' interkom di hadapanku berbunyi.
'yea nur sarah.' ak menjawab ringkas. tidak tahu apa yang patut lagi aku katakan setelah apa yang berlaku sebentar tadi.
'kenapa saya?' sekali lagi aku terdiam. soalan yang aku tak jangkakan sama sekali. aku manarik nafas dalam.
'saya sendiri tak tahu. yang pasti, masa pertama kali saya nampak awak, saya tahu awak jodoh saya. mungkin antara kita sudah tersurat jodoh oleh Nya, saya tak mahu menjadikan cinta saya terhadap awak sebagai satu dosa besar, jadi saya mahu awak jadi milik saya yang sah..selamanya'. aku berhenti di situ bila nur sarah menjawab.
'saya setuju...saya setuju untuk menjadi isteri awak'.
aku tergamam. fikiran aku kosong yang ada hanya keindahan dan perasaan penuh kesykuran. air mata terasa mahu mengalir tapi aku tahan dalam kegembiraan. mungkin reaksi nur sarah tadi juga merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang
hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan.”
Ulasan
ko la hero...hihi
haha....doa2kan-lah, biar aku experience citer yg romantik mcm ni..
khkh
sweet juga kisahnya
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
Nih ada sambungan ke ape? Hehehe..
Hariz Izuan? Hmmm.. Nice one.. :)
tgk la penulisnya rajen ke x...huhu
ceh! tak leh blah ayat....
karya ini..
buat aku tersengih gatal.
kalu gatal....garu
bukan sengih hihii