Mengapa Jatuh Cinta !!

Salam.

Ini bukan aku. hakhak!


"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

Bacaan penuh : sini


Ulasan

Anisa berkata…
susahnye nak dapat cinta
:(
♥NuR SyAFiQah♥ berkata…
nice info :)

tagged ko kt contest ni :)
http://pcar19.blogspot.com/2010/12/giveaway-domain-by-khaizariencom.html
♥NuR SyAFiQah♥ berkata…
nice info :)

tagged ko kt contest ni :)
http://pcar19.blogspot.com/2010/12/giveaway-domain-by-khaizariencom.html
Balqees Amanda berkata…
..sedih dengar ayat2 macam ni..adeh~