Geng Lepak | Kontes Lepak | Hadiah menarik dari Langkawi

klik sini untuk join : klik
     Salam.
  • Entri bagi memeriahkan lagi kontes lepak dianjurkan oleh mohamadfbi.blogspot.com. Jumpa link pasal kontes ni pun di Gengblogger. Rasa menarik dan tertarik untuk menjoinkan diri. Ada rezeki , mana tahu dapat barang-barang dari Langkawi. hehee.
  • Kisah lepak yang best sebenarnya banyak, tapi masa di Kolej Matrikulasi Pahang dulu aku selalu sangat keluar hujung minggu semata-mata mahu lepak di Cybercafe dengan member sebilik atau sekelas. Bukan lepak sejam-dua, kadang-kadang sampai tak tidur. Selalunya masuk dalam jam 10 malam sampai la 10 pagi esok. Nasib baik CC tu bagi diskaun 12 jam 8 ringgit aje dikenakan. hahaa.

  • Cybercafe tue terletak kat depan Kuantan Parade ni, ntah ada tak lagi sekarang. Berapa kali dah kena serbu pasal buka 24 jam nie. hehee. tapi aku tak pernah la kena cekup dek pak polisi tu. ada member aku pernah kena, tapi takde apapun sebab bukannya berjudi bagai. hehe.
  • Masuk cybercafe buat ape lagi, main games lol - games pilihan yang paling femes time tu DOTA la. tapi aku tak layan pun DOTA ni. Aku pernah la cuba main tapi sebab takde nafsu dan niat yang baik untuk main game tersebut, aku tak main-main pun. sampai sekarang aku musykil kenapa la oranga suka sangat main DOTA nie. DOTA = Dunia Orang Takde Awek. ade ramai je member aku yang ada awek, layan jugak DOTA ni.  
  • Aku lebih suka main CS dengan PES la. yang selebihnya, tengok movie. Sebenarnya aku lebih pada tengok movie sebab tu memang dah hobi aku sampai sekarang. *tapi bila ditanya, tak ngaku. hehe. Lagi-lagi drama yang best-best termasuklah sinetron bawang putih bawang merah. ceh! Takde makna nak layan sinetron tue. Layan Shin Chan lagi best..hakhak!
  • Kalau dah nama lepak, tak sah la takde makanan minuman bagai kan. Makanan fast food la. kata western. KFC la yang jadi pilihan. Lapar je cari KFC, macam KFC tu buka 24 jam. Minuman Slurpee seven eleven, yang nie buka 24 jam. hehe. Supplier utama makanan mestilah seven eleven kan. Dah tu aje kedai yang buka 24 jam. 


  • Takde apa nak buat sebenarnya di Kolej masa tu, dah tu member ajak, aku join je la sekaki. Last-last aku pulak lekat kat situ. kalau duk kolej pun, kau pandang aku. aku pandang kau. hehee. Balik dari CC, apa lagi, bantai tidur tak ingat dunia. 
  • Sape-sape yang berminat tue, sila la join kontes nie ; lupa pulak kena tag orang, aku tag blogger Lynda Lum dengan blogger DrFarhana. Nak tahu perempuan lepak camne pulak. soksek pasal Khairul Fahmi Che Mat ke, sinetron terbaru ke, korea terbaru ke. hakhak! 
      
      p/s : hari jumaat, hari cuti. tak tahu nak buat ape. masuk kontes.hehee. 


Ulasan

Eh jap.. Dasat sungguh bebudak muda zaman skang ye.. Dok CC smpi 12 jam..

=.=
Unknown berkata…
Owhhhhh...nie geng lepak CC nieh..hhahhahaa

cun cun

Thanks join

Pssssssssssss
Join kontes geng lepak

Geng Lepak | Kontes Lepak | Hadiah menarik dari Langkawi
si gadis selesa berkata…
ngahaha.budak kmph dol.
Unknown berkata…
Geng, catat alamat lu kat blog gwa okay..muahhahhaa, gwa nak hantar bom kat lu~