Salam.
Jangan segan nak tanya : Link Formspring
Saje nak menunjuk. wakaka. Macam la beribu yang cari. haha ~
Tengah syok melangkah dari blog ke blog tadi, terjumpa sesuatu isu lapuk yang dah ketinggalan zaman iaitu isu rokok. Kat Televisyen pun sekarang ada satu iklan tentang hak kita sebagai orang yang tak merokok. Katakan tidak pada rokok!!
Kenapa ye orang susah nak berhenti walau harga rokok dah melambung tinggi??
Aku takde jawapan, yang ada hanya kehairanan. Abang aku takde yang merokok tapi abang ipar aku semuanya kaki rokok. Kalau ikut statistik kajian yang dibuat dari 2005 hingga 2009, hanya 2.9% sahaja kadar orang yang berhenti merokok. Sikit giler!
Apa yang aku nampak, walau takde rokok jenama mahal macam Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang ( DUNHILL ), masih ada lagi rokok yang murah-murah yang dijual di kaki-kaki lima. Ini merupakan kesan daripada penyeludupan rokok yang berleluasa di Malaysia. Nampak sangat yang kenaikan harga rokok tak memberi banyak kesan kepada perokok tegar.
Apa pulak pandangan korang ??
bacaan selanjutnya : Masalah penyeludupan rokok di Malaysia
p/s : sukar untuk berhenti tak bermaksud gagal untuk berhenti.
Salam.
Ulasan
my bf yg x mrokok pnye lung da jd mcm smoker a.k.a da jd pasif smoker disbbkn kwnn2 dia yg sume mrokok..
tlg2 la brenti wahai perokok tegar skalian._marah nih!!Huhu
hehehe... sebab rokok itu best.. :)
(jgn singkat ke mati) ^.^
i hate them..(smokers) mereka ego..mereka pentingkan diri sendiri.. cakap banyak pun tak guna.. kat kotak rokok dah terbukti semuanya.