Gambar Banjir Kawasan Utara Malaysia !! Tindakan Segera Harus Diambil !!

Salam.


Semalam seharian duduk menaip tesis, buat peta untuk tesis dan edit gambar untuk tesis. Semuanya kerana tesis...


Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara.

wah bukan main semngat! hihi. Hari ini hari jumaat. Perjuangan menyelesaikan 4 bab tesis akan diteruskan. Sebab tu jarang update dan jarang nak berkeliaran ke blog korang. *Alasan tesis semata-mata adalah satu pembohongan yang nyata. Aku sebenarnya tengah seronok mendownload cerita-cerita dan movie-movie terkini sebab ramai orang balik kampung. Kan cuti lama, lagipun kebanyakkan orang dah habis pun exam diorang. Aku aje yang stuck dekat UKM ni sampai cuti Raya Haji. hehe.


Ini yang aku malas nak menaip dekat blog nie, laju je. Kalau nak buat kerja tu bukan main lambat je nak datang idea. Kan senang kalau buat tesis semudah menulis di blog. Sehari je kot aku dah boleh siapkan. 


Semalam keputusan pilihanraya umum dikeluarkan, tetapi aku baru tahu tadi je dan aku tak kisah bukan sebab apa tetapi masalah lagi besar daripada itu sedang melanda negara kita iaitu banjir di kawasan utara negara. Jangan pandang sebelah mata, dah makin teruk! Dah makin menjadi-jadi! Mangsa dah makin bertambah. Baca : sini







Banyak lagi gambar kat sini : Gambar banjir kawasan utara Malaysia 


Mengikut kajian yang dilakukan, perulangan banjir di perlis adalah 5 tahun sekali. Jadi sebelum ni yang teruk tahun 2005, kemudian tahun nie 2010 makin teruk. Sebab takde langkah pencegahan banjir dilakukan. Sistem aliran tak dibersih dan didalamkan. Takde struktur aliran air yang menyerongkan air ke kawasan lain bukan ke kawasan penempatan atau bandar. *banyak lagi cara, mungkin tak seratus peratus berkesan, tapi patut dicuba. Mana tahu dapat dikurangkan.


Banjir berlaku setiap tahun tetapi langkah-langkah untuk nak elakkan tak diambil kira. Setahu aku, bajet-bajet kerajaan tak pernah pulak nak atasi masalah ni. *Kalau ada pun, kenapa banjir makin teruk ?? 


p/s : Bangunan seratus tingkat! Kelab-kelab malam! Permata! Takde guna semua tu, kalau masalah yang berlaku setiap tahun ni tak pernah-pernah diselesaikan.  Mungkin dah tiba masa, kerajaan fokus pulak pada isu ni. salam.

Ulasan

Sheherazade berkata…
salam ziarah

semoga mangsa banjir tabah menghadapi dugaan

terima kasih komen diblog saya
Mrs Nurul berkata…
WAAAA TERUKNYE BANJIR...HARAP2 SURUT LAA CEPAT2..
ILA HonEyBuNNy berkata…
setuju..kami juga mgsa banjir~~~
kerajaan adalah bodo

tapi yang paling bodo ialah kerajaan Thailand, tak reti buat sistem perparitan! sebab tu dia lepas air masuk Malaysia!

sekian

-mangsa banjir-
Encik geologist mungkin boleh tolong pikirkan cara nak overcome.. :)

Teringat tak lama dulu kampung aku banjir teruk, banyak kesan dari banjir ni.. The one affected the most, of course the citizen..

P/S: Semangat btol ko siapkan tesis ye.. Okey2.. Takmo kacau lama2.. Haha.. Teruskan semangat waja.. Kikiki.. :p
~nEeYsA~ berkata…
mcm sungai dh...
Unknown berkata…
wayhh,, best2,, blh berenang
Scha Nazri berkata…
hey. tga buat benda yg sama mcm awk. donlod muvie n copy segala muvie yg ade ngn kwn. hehe

sy skong part yang akhir. memang setuju betul lah!
misSbLurRy berkata…
itulah gunanya course geologi...bukan untuk hiasan semata2 sijil itu
Azuan berkata…
moga3 berjayalah nanti hohoo..
{ finieViolet} berkata…
Dah puas main banjir kat Batu Pahat ni..dari kecik sampai la dah besar .. Kekadang dah macam swimming pool pun dalam rumah. Cuma dah 3 thn ni dah x penah kena..tapi kena alert juga..
En iLHAM berkata…
tau takpe. dalam bajet baru ni pun xde dengar plak pasal tebatan banjir. kesian sedare mare kita kat utara tu. huhu. xlame lagi plak nak raye haji kan. huhu
azzey berkata…
Azuan: tgk gbr2 ni pun dh blh bayangkan susah payahnya mereka di sana masa banjir ni!