Penyu Karah @ Penyu Sisik @ Hawksbill Turtle @ Eretmochelys imbricata

Salam.

Terbaca di Kosmo mengenai 2 ekor penyu karah ditangkap dan cuba dimakan oleh nelayan yang berjaya menangkap penyu yang juga dikenali sebagai penyu sisik tersebut. Bacaan lanjut mengenai kes itu boleh dibaca di sini. < Penyu Nyaris Jadi Lauk Nelayan >


Penyu karah atau dalam bahasa English, Hawksbill turtle merupakan antara spesis penyu yang datang ke Malaysia untuk bertelur. Antara tempat penetasan telur penyu karah ini adalah di Sabah ( Pulau Gulisaan ), Melaka ( Kampung Kamunting dan Pulau Upeh ) serta di Terengganu ( Pulau Redang ).

Penyu yang mempunyai nama sainstifik  Eretmochelys imbricata ini dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindah menampakkan seperti bersisik. Penyu jenis ini bewarna coklat tua atau kuning dan coklat. 
Mempunyai bentuk mulut seperti paruh burung helang dan makan karangan lembut dan span yang banyak di terumbu karang.



Macam yang kita tahu, walau penyu bertelur dalam jumlah yang banyak tetapi cuma seekor sahaja yang berkemungkinan untuk terus hidup dan mencapai usia matang. Kebanyakkan mati disebabkan oleh aktiviti manusia. Yang jual dapat untung sebab harga telur penyu sangat mahal, yang makan dapat penyakit sebab telur penyu sangat tak baik untuk kesihatan. Tetapi sebab ada mitos yang mengatakan makan telur penyu dapat meningkatkan tenaga batin, makin ramai yang cari.

Satu kajian yang dibuat di Universiti Queensland mendapati telur penyu mengandungi kandungan toksik yang tinggi kerana makanan penyu yang semakin bertoksik kerana pembangunan yang mencemarkan air laut. Tetapi sekarang dah banyak pihak ambil inisiatif untuk memelihara haiwan zaman dinosour ini. Diharapkan lepas ni, bilangan penyu di Malaysia makin bertambah.


Salam.

Ulasan

Qib berkata…
wah.. da jd nature lover da skrang. ^Y^

Check out on these:!

Latest entry di:
Teknik Seks: Ikat dan raba!
Header guna adobe. Pinky!
Asmi Asmidar berkata…
ari tue tengok kat tv9 dorunk sembelih penyu tue. . kesiannyer. .kenaper la dorunk niy kejam sangt yeer.banyak2 bende penyu gak nak makan. .
Tetibe teringat.. Ade orang suka makan telur penyu..
Azuan berkata…
pinqib : hehe

mida ke? : kejam gile..penyu pun nak makan..

dr : hahaha...terlupa la pulak pasal tu..
Naz berkata…
ko pecinta alam?
Azuan berkata…
naz : hehe...gua pecinta wanita..lalalaa
Qaseh Suhaida berkata…
kenapa ia menjadi mangsa sedangkan ramai lagi yg tak pernah tengok penyu ni malah aku sendiri belum berkesempatan melihat ia secara dekat. bagaimana pulak anak cucu kita nnt.